PUTRAJAYA: Sebanyak 3,017 sekolah rendah di Malaysia adalah sekolah kurang murid (SKM) iaitu kurang daripada 150 pelajar pada satu-satu masa, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon.
Beliau berkata jumlah itu melibatkan 2,034 Sekolah Kebangsaan (SK), 616 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 367 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Jumlah keseluruhan SK adalah sebanyak 5,877 sekolah, SJKC (1,302 ) dan SJKT (527).
"SKM merupakan situasi serius yang memerlukan langkah penyelesaian segera dengan mengenal pasti punca permasalahan daripada akar umbi. SKM wujud atas pelbagai faktor, antaranya perubahan sosio ekonomi, demografi, peredaran zaman dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja SKM SJKC di sini hari ini.
Mah berkata jawatankuasa yang baharu ditubuhkan itu akan menumpukan kepada pada isu SKM di SJKC dan pada masa akan datang, ia akan diperluas kepada isu SKM di SK dan SJKT sekiranya hasil kajian bersesuaian untuk diaplikasikan di kedua-dua aliran itu.
Beliau berkata tiga jawatankuasa kecil turut ditubuhkan yang antara lain bertanggungjawab mengadakan interaksi dan mengumpul maklumat daripada Lembaga Pengelola Sekolah, menyediakan bahan bacaan dan program bagi meningkatkan mutu pengajaran serta pembelajaran, dan melaksanakan kajian menyeluruh bagi mengenali masalah dihadapi SKM di SJKC.
Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan hasil kajian itu akan meliputi aspek menggabungkan SKM SJKC.
"Itu antara yang kita bincang tadi, kita kena ambil kira emosi dan perasaan masyarakat terhadap isu penggabungan SKM. Kita kena lihat secara menyeluruh," katanya serta menambah jawatankuasa itu akan bersidang selepas tiga bulan bagi pembentangan hasil kajian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 07 2022
Jumlah itu melibatkan 2,034 Sekolah Kebangsaan (SK), 616 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 367 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). - Gambar hiasan/ Astro AWANI
Harga petrol, diesel kekal hingga 22 Mei
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Mei ini.
UiTM: Kerajaan tidak pernah bincang buka kepada bukan Bumiputera
Menurut Zambry, perkara itu tidak dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahupun Kabinet.
Tiga maut lori terbalik jatuh gaung
Tiga lelaki maut dipercayai tercampak dan jatuh ke dalam gaung apabila lori dinaiki mereka terbalik di Projek Di Raja Lojing di Gua Musang.
Kerajaan Negeri Sembilan tukar kereta rasmi, elak kos selenggara tinggi - MB
Kerajaan Negeri Sembilan membuat 16 pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi Menteri Besar dan beberapa anggota pentadbiran kerajaan negeri.
Kes seleweng dana RM1.2 bilion: 2 pegawai kanan badan berkanun direman
Dua pegawai kanan badan berkanun ditahan SPRM kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana daripada Kementerian Kewangan berjumlah RM1.2 bilion.
Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan - Fahmi
Perdana Menteri sudah membuat beberapa pertimbangan sebelum memutuskan mengenai pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Nenek 75 tahun, tiga lelaki didakwa miliki, edar dadah
Seorang wanita warga emas dan tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki dan mengedar dadah awal bulan ini.
Korban banjir lahar dingin di Indonesia terus meningkat, 35 masih hilang
Angka kematian akibat banjir lahar dingin di wilayah Sumatera Barat di Indonesia telah meningkat kepada 58 orang.
Lelaki ditahan kerana tolak 2 individu ke landasan kereta api di Jepun
Seorang lelaki telah ditahan pada Rabu kerana didakwa menolak dua orang ke landasan kereta api di sebuah stesen di Kawasaki yang berhampiran dengan Tokyo.
Konsortium diteraju Khazanah dan KWSP tiada rancangan berhentikan pekerja MAHB
Kosnosrtium diterajui Khazanah dan KWSP mengesahkan tidak ada sebarang rancangan memberhentikan pekerja susulan langkah menjadikan MAHB syarikat persendirian.
SJKC tidak akan ditutup - TPM Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata jaminan yang diberikan itu juga turut melibatkan 454 buah sekolah SJKC yang dikenal pasti sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM).