awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

31 ditahan leka judi sabung ayam

Petrus Bernard
Petrus Bernard
03/03/2021
03:06 MYT
31 ditahan leka judi sabung ayam
Kesemua suspek berusia antara 18 hingga 84 tahun ditahan dalam dua operasi berasingan pada Ahad dan Isnin. - Astro AWANI
TAWAU: Polis menahan 31 individu termasuk sembilan wanita dan warga emas ditahan ketika leka berjudi sabung ayam, selain merampas wang tunai RM250 serta 25 juta rupiah Indonesia di dua buah ladang, di sini.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata kesemua suspek berusia antara 18 hingga 84 tahun ditahan dalam dua operasi berasingan pada Ahad dan Isnin.
Serbuan pertama dilakukan pada Ahad kira-kira jam 4.30 petang di sebuah ladang di Kilometer 60 Jalan Tawau-Kunak, di mana 13 warga Indonesia dan seorang lelaki warga tempatan ditahan.
Manakala dalam serbuan kedua pada Isnin, polis berjaya menahan 17 individu di kawasan ladang persendirian di Bergosong, Pulau Sebatik kira-kira jam 4 petang.
"Kesemua 31 individu yang ditahan terdiri daripada 22 lelaki dan 9 wanita berusia antara 18 hingga 84 tahun.
"30 individu yang ditahan merupakan warga negara Indonesia manakalan seorang lagi rakyat tempatan dan kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelasnya pemeriksaan lanjut ke atas suspek mendapati 23 individu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.
Polis turut merampas 23 ekor ayam sabung hidup, empat buah beg pisau taji, 47 bilah pisau taji, sehelai kain rentang judi Tai Sai, sebuah mangkuk dengan tiga buah dadu serta wang tunai.
Kesemua suspek disiasat mengikut seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015, Seksyen 6(1) Akta Bahan Bahan Kakisan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Topic Berkaitan
#judi
#polis
#sabung ayam
#Peter Umbuas
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan