awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

31 warga Myanmar ditahan cuba masuk Malaysia secara haram

Bernama
Bernama
13/01/2025
14:33 MYT
31 warga Myanmar ditahan cuba masuk Malaysia secara haram
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan 31 pendatang tanpa izin berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, hari ini. - Foto TDM (via BERNAMA)
ALOR SETAR: Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan 31 pendatang tanpa izin berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, hari ini.
TDM dalam kenyataan memaklumkan tangkapan dilakukan kira-kira 6 pagi tadi di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Menurut TDM, sepasukan anggota operasi yang menjalankan rondaan telah mengesan sekumpulan pendatang tanpa izin yang sedang bersembunyi di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.
"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 31 pendatang tanpa izin itu merupakan warga Myanmar terdiri daripada 14 lelaki, 14 wanita, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.
"Kesemuanya berusia antara 2 hingga 42 tahun dan dipercayai memasuki Malaysia melalui jalan yang tidak sah," menurut kenyataan itu.
TDM memaklumkan pasukan operasi turut merampas sejumlah wang tunai, 23 telefon bimbit serta beberapa set perhiasan dipercayai barang kemas yang keseluruhan dianggar bernilai lebih RM27,000.
Kesemua pendatang tanpa izin itu telah diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga myanmar
#ditahan
#Tentera Darat Malaysia
#cuba masuk Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan