KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 lokaliti akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Perak, Sabah, Kelantan dan Sarawak bermula 20 Julai hingga 2 Ogos depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti terbabit.

Berikut kawasan yang dikenakan PKPD:

Senarai lokaliti dikenakan PKPD.
Senarai lokaliti dikenakan PKPD.
Senarai lokaliti dikenakan PKPD.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Serudung Baru, Tawau, Sabah bermula 20 Julai sehingga 2 Ogos depan.

Selain itu, katanya enam lokaliti ditamatkan PKPD bermula esok iaitu Kampung Jambatan Baru, Beaufort dan Blok 6, Kampung Titingan,Tawau di Sabah, selain Kuarters Ladang Lepan Kabu (A&B) dan sebahagian Kawasan Kampung Pahi (Kawasan bersempadan dengan Kuarters Ladang Lepan Kabu) di daerah Kuala Krai, Kelantan.

Di Selangor pula, CLQ Gamuda Garden, Kundang Jaya, Rawang serta Perak (mukim Batang Padang dan mukim Bidor).