PUTRAJAYA: Sejumlah 33 item agenda Malaysia telah berjaya dibincangkan dan diluluskan pada persidangan tahunan Suruhanjaya Statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ke-55 (UN55SC), menurut Jabatan Perangkaan (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata agenda tersebut yang telah dibincang dan diluluskan akan menyumbang kepada penghasilan keputusan penting bagi pembangunan sistem statistik antarabangsa.
"Penglibatan dan sumbangan Malaysia adalah termasuk penyerahan 33 kenyataan bertulis negara dan penyampaian 11 kenyataan lisan negara," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mohd Uzir berkata penyertaan Malaysia dalam persidangan tahunan UN55SC berjaya mengetengahkan keupayaan dan kepakaran negara dalam penghasilan statistik rasmi meliputi ekonomi, sosial, demografi dan alam sekitar.
Tambah beliau melalui inisiatif ini, DOSM juga dapat menekankan kepentingan statistik dan memberikan sokongan kepada usaha UN55SC dalam memperluas panduan dan metodologi statistik terkini (merangkumi aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar).
Beliau juga berkata usaha itu bertujuan untuk memastikan negara anggota mampu menghasilkan statistik rasmi yang boleh dipercayai, bertepatan masa dan boleh dibandingkan di peringkat antarabangsa.
UN55SC telah diadakan dari 27 Feb hingga 1 Mac lepas di New York, Amerika Syarikat dan berperanan sebagai entiti utama dalam sistem statistik global yang menghimpunkan ketua perangkawan atau ketua Sistem Statistik Negara dari seluruh dunia untuk membentuk piawaian dan metodologi statistik antarabangsa.
Setiap tahun, 193 negara anggota PBB dan organisasi antarabangsa berhimpun untuk memajukan inovatif dalam penghasilan data dan maklumat statistik rasmi dan Malaysia diwakili oleh Mohd Uzir dan Pengarah Bahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan Antarabangsa DOSM Ezatul Nisha Abdul Rahman.
Mohd Uzir berkata Malaysia turut menyertai acara sampingan seperti mesyuarat dan seminar peringkat tertinggi dengan berkongsi pengalaman dan amalan terbaik negara bersama perwakilan negara dan agensi statistik antarabangsa yang lain.
"Malaysia turut menyertai mesyuarat seperti International Comparison Program (ICP) Governing Board, Bureau Members of the ESCAP Committee on Statistics, the OIC Statistical Commission (OIC StatCom) dan Inter-Secretariat Working Group on Household Survey (ISWGHS).
"Melalui peranan penting DOSM dalam mengkoordinasikan sistem statistik Malaysia, penyertaan DOSM dalam himpunan berprestij ini adalah penting untuk menekankan kepentingan dan komitmen negara terhadap pembuatan keputusan berasaskan bukti dan data," katanya.
Beliau berkata selepas UN55SC, Malaysia akan terus kekal proaktif dalam memperluas jaringan globalnya demi memupuk pertukaran pengetahuan, kepakaran dan mendapatkan pandangan mengenai cabaran statistik, terutamanya dalam aspek pembinaan kapasiti.
"Interaksi ini tidak hanya memperkukuh hubungan antarabangsa, tetapi juga menghasilkan penyelesaian yang inovatif serta menekankan peranan penting dalam meningkatkan kapasiti statistik untuk kesejahteraan komuniti global," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
Mohd Uzir berkata agenda tersebut yang telah dibincang dan diluluskan akan menyumbang kepada penghasilan keputusan penting bagi pembangunan sistem statistik antarabangsa. - Foto fail/Astro AWANI
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
Polis Jerman rampas 4 Bugatti Veyron
Jerman merampas empat kereta model Bugatti Veyron yang jarang ditemui dari kemudahan simpanan persendirian di Munich, Jerman, yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut laporan media Jerman.
AWANI Ringkas: Dijangka diniagakan sekitar RM4.77 berbanding dolar AS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mutawif pimpin jemaah 'istimewa' tunai umrah guna tongkat
Menjadi impian umat Islam di seluruh dunia termasuk golongan kurang upaya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.
Pelajar maut motosikal bertembung kereta
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Marang.
Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
33 agenda Malaysia berjaya dibincang, diluluskan di UN55SC - DOSM
Sejumlah 33 item agenda Malaysia telah berjaya dibincangkan dan diluluskan pada persidangan tahunan Suruhanjaya Statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ke-55 (UN55SC).