KUALA LUMPUR: Pemeteraian perjanjian kerjasama strategik antara Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd (Boustead) dan Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) tidak membabitkan penjualan Boustead Plantations Bhd (BPlant) secara keseluruhan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata langkah itu membabitkan jualan saham hanya sebanyak 33 peratus, dengan LTAT dan Boustead masih berpeluang menjadi antara pemegang saham utama BPlant selepas transaksi itu.
Beliau berkata, dari perspektif LTAT, penjualan sebahagian saham itu perlu dilaksanakan dengan segera bertujuan membolehkan penyelesaian masalah aliran tunai dan hutang Boustead sebelum tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.
"Ini adalah mustahak bagi mengelakkan Boustead daripada menjadi muflis sekiranya hutang tidak dilangsaikan pada masa yang ditetapkan.
"Kerjasama strategik ini juga berpotensi mewujudkan penambahan nilai yang tinggi kepada LTAT dan Boustead kerana mereka diberikan hak keutamaan untuk membangunkan dua ladang seluas 1,800 ekar (720 hektar) dengan nilai pembangunan kasar (NPK) lebih kurang RM8 bilion," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat, pada Isnin, Bernama melaporkan.
Selain itu, beliau berkata meskipun BPlant mencatatkan keuntungan, namun keuntungan yang diperolehi untuk beberapa tahun kebelakangan ini dijana oleh penjualan ladang dan peningkatan luar biasa harga kelapa sawit mentah.
Mohamad berkata oleh yang demikian, BPlant memerlukan sumber dan kedudukan kewangan yang lebih kukuh untuk memulakan penanaman semula.
Penanaman semula itu perlu dijalankan berikutan hampir 49 peratus pokok kelapa sawit BPlant berusia lebih 20 tahun dan mencatatkan hasil tandan buah segar (FFB) yang terendah iaitu 13.3 tan bagi setiap hektar berbanding syarikat sawit lain.
Mengenai isu kebajikan anggota tentera, Mohamad berkata sebanyak 4,752 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) melibatkan 12 projek perumahan telah disiapkan serta diduduki sejak 2018 dengan anggaran kos melebihi RM1 bilion.
Selain itu, 11 projek RKAT sedang dalam pembinaan membabitkan 3,307 unit dengan anggaran kos berjumlah RM1.5 bilion, serta dua projek lagi masih di peringkat pemerolehan dengan membabitkan pembinaan 759 unit rumah, katanya.
Beliau berkata, kementerian merancang untuk membina 12,733 unit RKAT dari 2023 hingga 2030, dengan pelaksanaannya bergantung kepada keupayaan kewangan semasa kerajaan. -DagangNews.com
Dagang News
Tue Sep 19 2023
Pemeteraian perjanjian kerjasama strategik antara Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd (Boustead) dan Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) tidak membabitkan penjualan Boustead Plantations Bhd (BPlant) secara keseluruhan. -DagangNews
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata Arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
Lembaga Tabung Angkatan Tentera mahu beli BPlant, dianggarkan RM1.11 bilion
Ia bertujuan meneruskan tawaran am BPlant pada harga tawaran RM1.55 sesaham, tertakluk kepada kelulusan kawal selia, kata LTAT.
Bursa Malaysia gantung jualan singkat saham Boustead Plantations
Bursa Malaysia telah menggantung jualan singkat sekuriti Boustead Plantations Bhd sepanjang hari di bawah jualan singkat harian (IDSS).
33 peratus saham Boustead Plantations dijual bagi selesaikan hutang
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata langkah itu membabitkan jualan saham hanya sebanyak 33 peratus, dengan LTAT dan Boustead masih berpeluang menjadi antara p
Untung bersih Boustead Plantations naik 51 peratus
Ia hasil usaha dalam inisiatif prestasi hasil, khususnya dalam Program Penambahbaikan Prestasi Perladangan yang sedang berlangsung.
Untung bersih Boustead Plantations melonjak kepada RM241.29 juta pada TK2021
Hasil melonjak 38 peratus kepada RM1.05 bilion, tertinggi sejak penyenaraiannya pada 2014 berbanding RM763.05 juta sebelumnya.
Boustead Plantations catat untung bersih RM42.95 juta bagi tahun kewangan 2020
Boustead Plantations Bhd kembali meraih keuntungan dengan mencatatkan keuntungan bersih RM42.95 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020.
CEO bersara, Boustead Plantations lantik Azlan Jaafar sebagai pemangku
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BPB, Encik Mohamad Azlan Jaafar akan mengambil tempat sebagai pemangku CEO Boustead Plantations. Keputusan ini berkuatkuasa 31 Julai 2019.