awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada surat peletakan jawatan Akmal Saleh diterima - Asyraf Wajdi
Bruno Mars umum album solo baharu ‘The Romantic’, jelajah dunia bermula April
Tempoh had PM: Selagi layak, dia boleh jalankan tugas - Hadi Awang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

342 penguat kuasa kesihatan pantau bazar Ramadan di Terengganu

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
02/04/2022
23:15 MYT
342 penguat kuasa kesihatan pantau bazar Ramadan di Terengganu
Pasukan yang digerakkan itu juga akan mengambil sampel makanan untuk dianalisis bagi memastikan tahap kebersihan makanan dijual kepada pengguna. - Gambar hiasan
KUALA NERUS: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan menggerakkkan seramai 342 anggota penguat kuasa kesihatan bagi memantau tahap kebersihan dan kualiti makanan membabitkan 4,938 gerai jualan di bazar Ramadan.
Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, kekuatan yang terdiri daripada 130 pasukan operasi itu juga akan memastikan 9,666 pengendali makanan di bazar mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Menurut Dr Kasemani, pemantauan dan pemeriksaan itu dilakukan secara berkala melibatkan lebih 50 lokasi bazar Ramadan.
Jelasnya pasukan yang digerakkan itu juga akan mengambil sampel makanan untuk dianalisis bagi memastikan tahap kebersihan makanan dijual kepada pengguna.
"Kita sebenarnya akan ada berfasa juga untuk ambil sampel ini, jadi jumlah itu kita tidak hadkan.
"Sekiranya kita melihat, kita ada sampel-sampel yang sesuai untuk kita ambil, kita akan buat pensempelan," katanya.
Sementara itu Dr kasemani berkata orang ramai yang mengunjungi bazar Ramadan juga wajib melakukan imbasan kod QR yang disediakan.
Katanya imbasan kod itu perlu bagi memudahkan pihaknya memantau pergerakan keluar masuk pengunjung di setiap bazar yang beroperasi sepanjang Ramadan kali ini.
Sementara itu para pengunjung juga diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan meskipun negara sudah beralih ke fasa endemik.
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#jabatan kesihatan
#kualiti makanan
#gerai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan