Penantian Minah Awang selama 35 tahun untuk berniaga secara sah berakhir apabila menerima lesen perniagaan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengambil keputusan untuk menyerahkan sendiri Lesen Penjaja Beredar itu kepada Minah yang turut dikenali sebagai Che Nah di lokasi dia berniaga di Bukit Damansara di sini.
Terkejut dengan perkhabaran gembira itu, Che Nah sujud syukur selepas penantian 35 tahun menjadi kenyataan.
“Sejak 35 tahun lalu, saya sering turun naik ke pejabat DBKL untuk memohon lesen penjaja.
“Malah sudah lima orang Datuk Bandar silih berganti, namun alasan yang dinyatakan adalah permohonan lesen tersebut dibekukan,” katanya sebagai memetik laporan portal berita, Wilayahku.
Menjual pelbagai variasi makanan asli Pantai Timur seperti nasi dagang, nasi kerabu, nasi lemak dan aneka kuih-muih, Che Nah menyifatkan pemberian lesen perniagaan itu sebagai hadiah yang berharga.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Annuar kerana mempermudahkan urusan permohonan lesen ini,” katanya.
Sementara itu, Annuar berkata pihaknya menerusi DBKL akan mempermudahkan proses permohonan penjaja bergerak termasuk perniagaan yang diusahakan golongan belia.
“Kita mulakan dengan cara yang baharu. Dalam masa sedikit lagi, saya nak jumpa belia, orang muda muda termasuk Cina dan India.
“Seperti di Little India di Brickfields, kita benarkan buka kiosk di laluan jalan kaki tapi susun elok-elok.
“Saya nak orang muda yang sanggup meniaga, ambil contoh Che Nah, yang sanggup bawa kereta sendiri, masak, menjual. Kenapa tidak orang lain ambil cabaran ini. Jadikan Kuala Lumpur sebagai tempat ambil rezeki,” katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jun 04 2020
Che Nah melakukan sujud syukur selepas penantiannya untuk mendapatkan lesen perniagaan sejak 35 tahun lalu menjadi kenyataan. - Foto Wilayahku
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Kes demam denggi meningkat pada ME16, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 2,321 kes pada Minggu Epidemiologi ke-16 (ME16) iaitu bagi tempoh 14 April hingga 20 April lepas.
KFC tutup sementara sejumlah cawangan, pindah pekerja tempat lain
QSR Brands bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah cawangan KFC Malaysia yang telah ditutup buat sementara waktu dan bilangan pekerja yang terjejas.
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
[TERKINI] Sidang Media Perdana Menteri di Riyadh, Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media susulan lawatan kerja rasmi ke Mesyuarat Khas WEF 2024 di Riyadh Arab Saudi.
SPR keluar 188 kertas undi pos bagi PRK Kuala Kubu Baharu
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
Video disalah sunting, Teo Nie Ching buat laporan polis
Teo berkata pilihan raya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
35 tahun menunggu, Che Nah sujud syukur terima lesen perniagaan
Tan Sri Annuar Musa mengambil keputusan untuk menyerahkan sendiri Lesen Penjaja Beredar itu kepada Minah yang turut dikenali sebagai Che Nah di lokasi dia berniaga di Bukit Damansara.