awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

350 ahli tabligh dari Tawau diminta tampil bagi ujian saringan kesihatan

Petrus Bernard
Petrus Bernard
11/03/2020
14:41 MYT
350 ahli tabligh dari Tawau diminta tampil bagi ujian saringan kesihatan
Seramai 350 ahli tabligh sekitar daerah Tawau yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling digesa melakukan saringan kesihatan.
Seramai 350 ahli tabligh sekitar daerah Tawau, Sabah yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu digesa melakukan saringan kesihatan di Klinik Kesihatan Jenis 2, Jalan Chong Thien Vun.
Setakat ini seorang lelaki berusia 58 tahun merupakan kontak rapat dengan lelaki warga Brunei positif COVID-19 selepas menyertai perhimpunan itu telah dikuarantin di Hospital Tawau.
BACA: COVID-19: KKM jejaki 5,000 jemaah tabligh Masjid Sri Petaling
Menurut Pegawai Pejabat Kesihatan Tawau, Dr G Navindran mereka yang tidak mengalami gejala COVID-19 dikehendaki menghubungi pegawai kesihatan Tawau dan akan dikuarantin di rumah untuk tempoh 14 hari.
Dalam pada itu tinjauan Astro AWANI di Klinik Kesihatan Jenis 2, Jalan Chong Thien Vun pada petang Rabu mendapati sebahagian ahli tabligh sudah tampil untuk menjalani pemeriksaan dan saringan kesihatan.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sedang mengesan lebih 5,000 ahli jemaah tabligh Malaysia yang terlibat dengan perhimpunan itu di Masjid Sri Petaling, di sini pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, usaha itu dilakukan susulan laporan International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei yang mengesan satu kes positif COVID-19 dikesan ada kaitan dengan perhimpunan tersebut.
Topic Berkaitan
#ahli tabligh
#alan Chong Thien Vun
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#Klinik Kesihatan Jenis 2
#koronavirus
#Masjid Sri Petaling
#Tawau
#warga Brunei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan