awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3,500 akaun pengguna terjejas gangguan bekalan air berjadual - PBAPP

Bernama
Bernama
16/11/2024
12:54 MYT
3,500 akaun pengguna terjejas gangguan bekalan air berjadual - PBAPP
PBAPP dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air berjadual itu bermula 10 malam Jumaat (22 Nov) hingga 6 pagi Sabtu. - Gambar hiasan/Pexels
GEORGE TOWN: Sebanyak 3,500 akaun pengguna di kawasan Lorong Delima, Lintang Delima dan Cangkat Delima di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 22 dan 23 Nov nanti.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air berjadual itu bermula 10 malam Jumaat (22 Nov) hingga 6 pagi Sabtu.
Gangguan bekalan air berjadual itu berikutan pemasangan bekalan meter alir elektromagnet dan injap pengurangan tekanan bagi tiga DMA di Daerah Timur Laut di sini, kata kenyataan berkenaan.
"Seramai 3,500 akaun pengguna yang terlibat membabitkan Lorong Delima 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18 dan 20 serta Lintang Delima 1,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14 dan 16.
"Turut terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual itu ialah Cangkat Delima 1,2 serta 3 dan sehubungan itu, pengguna yang terjejas disarankan untuk menyimpan air mencukupi bagi kegunaan sepanjang tempoh berkenaan," menurut kenyataan menerusi hantaran di Facebook PBAPP hari ini.
PBAPP akan mengemas kini status gangguan bekalan itu menerusi Facebook rasmi PBAPP dari semasa ke semasa dan pihaknya memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#PBAPP
#pengguna terjejas
#pemasangan bekalan meter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan