BANGKOK: Seramai 36 pelancong Malaysia dilaporkan cedera selepas bas persiaran yang mereka naiki terbabit dalam nahas jalan raya di daerah Bo Phloi, Kanchanaburi, di barat Bangkok, pada semalam (Khamis).
Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.20 tengah hari (waktu tempatan) ketika sekumpulan rakyat Malaysia berusia antara 4 hingga 70 tahun dalam perjalanan selepas melawat Taman Safari di Kanchanaburi.
Pemandu bas dan pemandu pelancong, kedua-duanya warga tempatan turut cedera dalam kejadian itu.
Seorang daripada ahli kumpulan itu, Hisyam Rahim berkata nahas berlaku ketika pemandu bas cuba memotong sebuah lori sebelum hilang kawalan dan terbabas.
"Ambulans dihantar ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan yang diperlukan kepada mangsa. Kami kemudian dibawa ke Hospital Bo Phlai di Kanchanaburi.
"Seorang rakyat Malaysia berusia 40 tahun mengalami kecederaan tendon dan menjalani pembedahan di Hospital Paholpolpayuhasena di Kanchanaburi.
"Seramai 35 lagi rakyat Malaysia yang mengalami kecederaan ringan pulang ke hotel selepas menerima rawatan di hospital," katanya kepada Bernama.
Kumpulan itu sedang mengikuti lawatan ke Thailand dari 21 hingga 24 Feb.
Sementara itu, Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata sebaik menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan, kakitangan konsular kedutaan telah ke Kanchanaburi pada hari yang sama untuk memberikan sebarang bantuan yang diperlukan.
"Kedutaan akan memberikan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu," katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024
Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.20 tengah hari (waktu tempatan) ketika sekumpulan rakyat Malaysia berusia di antara 4 hingga 70 tahun dalam perjalanan selepas melawat Taman Safari di Kanchanaburi. -Foto Sinar Harian
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
Haji: Jemaah Malaysia diingat jaga nama baik negara, patuh peraturan baharu Saudi
Roslan berkata, dikenakan penalti dan pengusiran itu adalah selaras dengan peraturan baharu untuk musim haji tahun ini.
Fasa pertama bantuan 100 kontena ke Gaza bermula hari ini
Fasa pertama melibatkan 10 kontena yang dijadual dilancarkan pada jam 3 petang waktu tempatan ke pintu sempadan Rafah sebelum memasuki Gaza.
Kerajaan Madani berkhidmat untuk semua kaum di Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata Kerajaan Madani memberi layanan yang sama kepada semua kaum meskipun mereka hanyalah minoriti di negara ini.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
LIAM gesa rakyat Malaysia dapatkan perlindungan insurans
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) menggesa rakyat Malaysia untuk mendapatkan perlindungan insurans hayat berikutan trend pembayaran tuntutan yang meningkat sejak dua tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.