Polis menahan 26 lelaki dan 12 perempuan dalam serbuan pesta seks dan dadah di ibu negara.

Suspek yang berusia 18 hingga 31 tahun kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi menjalani ujian air kencing .

Pemeriksaan mendapati enam daripada mereka memiliki dadah manakala 22 lagi didapati positif dadah.

Turut ditemui ganja, pil ekstasi dan minuman keras manakala penganjurnya turut ditahan.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad, aktiviti tidak bermoral itu dikesan sejak sebulan lalu, selepas menerima aduan daripada penghuni lain.

Premis berkenaan dikatakan disewa pada kadar RM800 hingga RM1000 semalam.