awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

38 sekolah dalam kem tentera jadi Sekolah Angkat MADANI LTAT

Bernama
Bernama
21/09/2025
14:15 MYT
38 sekolah dalam kem tentera jadi Sekolah Angkat MADANI LTAT
Mohamed Khaled berkata, LTAT turut melaksanakan program Kem Santuni MADANI yang bertujuan meningkatkan kemudahan di kem tentera dengan peruntukan RM100,000 bagi setiap kem. - Gambar Facebook Khaled Nordin
KOTA KINABALU: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengambil 38 sekolah dalam kem tentera di seluruh negara sebagai Sekolah Angkat MADANI dengan dua daripadanya di Sabah, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata program tersebut merupakan antara inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah program MADANI yang dilaksanakan oleh LTAT bersama-sama dengan syarikat dan kumpulannya bagi membantu sekolah terbabit.
"Hari ini di Sabah kita telah membuat penyampaian kepada dua sekolah, satu sekolah dalam kem di sini dan satu lagi dalam kem di Kota Belud. Setiap sekolah mendapat sumbangan RM25,000," katanya kepada pemberita selepas melawat Kem Lok Kawi di sini hari ini.
Sekolah Angkat MADANI dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya sektor korporat Malaysia memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan negara, khususnya dalam bidang pendidikan.
Mohamed Khaled berkata selain daripada program Sekolah Angkat MADANI, LTAT turut melaksanakan program Kem Santuni MADANI yang bertujuan meningkatkan kemudahan di kem tentera dengan peruntukan RM100,000 bagi setiap kem.
"Terdapat lima kem di bawah program ini, iaitu dua di Sabah dan tiga di Semenanjung. Di Tawau, kumpulan anak syarikat LTAT telah menaik taraf dewan serbaguna dengan peruntukan RM100,000," katanya.
Beliau berkata lawatan tersebut juga bertujuan meninjau program pembangunan dan kesejahteraan anggota tentera dan keluarga mereka termasuk Program Ekonomi MADANI melalui projek Madu Kelulut .
Tambah Mohamed Khaled program itu melibatkan 40 ahli dengan peruntukan RM80,000 dan dijangka dapat menjana pendapatan RM1,700 sebulan untuk setiap peserta.
"Kita memberi mereka peluang melaksanakan program ekonomi ini berasaskan minat mereka, dan ia bertujuan memastikan anggota dapat menambah pendapatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LTAT
#dewan serbaguna
#sektor korporat
#kem tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan