KOTA KINABALU: Seramai 392 mangsa banjir dan kebakaran di beberapa kawasan dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara yang dibuka setakat pagi Selasa.

Menurut kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, 250 mangsa ditempatkan di Rumah Rehat Daerah Kudat akibat kebakaran di Kampung Tanjung Kapur, Kudat semalam.

Manakala 142 mangsa adalah akibat banjir di kawasan tempat tinggal mereka.

Bagi kejadian banjir, empat PPS masing-masing 61 mangsa di PPS Dewan PPR Sri Keramat, Dewan DSP Mohd Dun Banir (51 mangsa),, Dewan Kebudayaan Penampang (20 mangsa) serta 10 mangsa di Kompleks Latihan dan Pemulihan OKU Papar.



PPS Dewan DSP Mohd Dun Banir terpaksa diaktifkan semalam ekoran banjir di sekitar daerah Beaufort.

Pecahan mangsa yang dipindahkan di PPS Dewan DSP Mohd Dun Banir terdiri daripada 18 lelaki, 13 wanita, 10 kanak-kanak lelaki, lima kanak-kanak perempuan dan empat bayi lelaki serta seorang bayi perempuan.

Hujan lebat berterusan di Tenom pada Isnin menyebabkan paras air sungai Membakut meningkat sehingga 6.69M sekaligus menyebabkan penduduk di arah berpindah ke PPS.