Empat inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama tahun ini.

Menteri Pelajaran,Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia merupakan permulaan kejayaan lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid dalam PPPM menjelang 2015.

Memperkenalkan teknik baru dalam usaha membimbing guru bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Inggeris dan Matematik.

Selain itu, 5,000 guru Bahasa Inggeris akan dilatih, pertingkatkan kesedaran ibu bapa selain pelancaran video e-Guru.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perutusan Tahun Baharu Kementerian Pelajaran 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).