awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
08/02/2023
13:29 MYT
4 MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
Menurut Zambry, sempena lawatan dua hari itu, Perdana Menteri kedua-dua negara dijangka membincangkan beberapa perkara terutamanya berkaitan ekonomi dan hubungan kedua-dua negara. - Gambar/ Astro AWANI
BANGKOK: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) dimeterai sempena lawatannya ke Thailand esok dan Jumaat ini.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, MoU itu melibatkan Tenaga Nasional Berhad dan anak syarikatnya, serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan empat syarikat di Thailand.
Menurutnya, kerjasama itu akan memberi peluang kepada kedua-dua negara meneroka potensi bersama dalam bidang tenaga dan ekonomi digital.
Tambah Zambry, lawatan sulung Anwar diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke Thailand juga bakal membuka ruang untuk nilai dagangan yang lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Jelasnya, pada tahun 2022, Thailand merupakan rakan dagangan ketujuh terbesar Malaysia dengan merekodkan jumlah dagangan RM122.03 bilion, peningkatan 17.9 peratus berbanding 2021.
Sama seperti lawatan ke Indonesia, Brunei dan Singapura sebelum ini, jadual Perdana Menteri padat dengan beberapa program dirangka termasuk pertemuan empat mata bersama Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha.
Anwar juga dijadual bertemu diaspora Malaysia di sana dan sekiranya berkesempatan, Perdana Menteri juga akan bertemu pemain industri serta usahawan di Thailand.
Dalam pada itu, Zambry berkata, lawatan itu turut disertai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menurutnya, sempena lawatan dua hari itu, Perdana Menteri kedua-dua negara dijangka membincangkan beberapa perkara terutamanya berkaitan ekonomi dan hubungan kedua-dua negara.
“Pertemuan kedua-dua pemimpin ini akan membincangkan isu-isu dan kerjasama dua hala yang berkepentingan bersama di samping meneroka peluang kerjasama yang baharu.
“Ia adalah bagi memperkasakan jalinan hubungan antara kedua-dua negara. Selepas pertemuan kedua-kedua pemimpin ini, satu sesi sidang media bersama juga akan diadakan setelah berakhirnya pertemuan itu.
“Ia adalah bagi memaklumkan hasil perbincangan dan keputusan yang teal dibincangkan dan dimuktamadkan oleh kedua-dua pemimpin,” katanya pada sidang media khas di Bangkok pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#Zambry Abdul Kadir
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan