awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 perompak Amerika Latin ditahan, 1 cedera ditembak selepas samun RM190,000

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2021
11:17 MYT
4 perompak Amerika Latin ditahan, 1 cedera ditembak selepas samun RM190,000
Polis terpaksa melepaskan tembakan dari arah depan yang terkena suspek yang memandu kereta itu apabila dia cuba melanggar pegawai dan anggota polis. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Empat warga Amerika Latin ditahan dengan seorang daripada mereka cedera ditembak polis selepas merompak RM190,000 daripada seorang wanita di Cheras, di sini, hari ini.
Kumpulan itu merompak mangsa yang baru mengeluarkan wang tunai di sebuah bank di Cheras sebelum dikesan polis yang mengejar kereta mereka sehingga ke Jalan Berhala, Brickfields, dalam kejadian jam 1 tengah hari itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, berkata terdahulu, kegiatan mereka dikesan hasil aduan awam dan risikan pasukan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.
"Maklumat diterima mengenai terdapat kumpulan yang cuba merancang satu rompakan di beberapa bank sekitar daerah berkenaan.
"Suspek termasuk dua wanita kemudian (dikesan) menaiki sebuah kereta berlegar mengunjungi beberapa buah bank di sekitar Sentul dan Dang Wangi.
"Suspek juga telah memancitkan tayar kereta seorang wanita (di sebuah bank di Cheras) sebelum mengekorinya sehingga ke sebuah stesen minyak di Cheras lalu menyamun mangsa.
"Polis memintas kereta suspek di Jalan Berhala Brickfields, namun mereka terus bertindak agresif dengan melanggar kenderaan polis," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, polis melepaskan beberapa das tembakan amaran untuk memaksa mereka berhenti namun suspek terus berdegil.
Katanya, polis terpaksa melepaskan tembakan dari arah depan yang terkena suspek yang memandu kereta itu apabila dia cuba melanggar pegawai dan anggota polis.
Katanya, suspek lelaki itu cedera terkena tembakan di dada kanan dan dibawa ke hospital untuk rawatan. Tiga lagi suspek ditahan untuk membantu siasatan.
Beliau berkata, polis berjaya menemui semula wang yang disamun daripada mangsa.
Topic Berkaitan
#perompak amerika latin
#rompakan
#Cheras
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan