KEPALA BATAS: Sebanyak 40 buah khemah peniaga makanan jalanan di Kayangan dan 16 buah rumah penduduk di dua buah kampung di Kepala Batas, di sini rosak teruk selepas dilanda ribut dalam kejadian hujan lebat, di sini semalam.
Walaupun kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa, namun melibatkan kerugian kepada 16 keluarga di Kampung Paya Keladi Hujung dan Kampung Paya Keladi Tengah, kerana kerosakan pada rumah terutama bahagian bumbung, selain peralatan elektrik dan perabut.
Manakala bagi peniaga di kawasan Kayangan pula makanan yang dijual dan peralatan berniaga turut rosak, sehingga menyebabkan mereka kerugian puluhan ribu ringgit.
Seorang mangsa, Md Noor Awang, 50, berkata kejadian itu berlaku sangat pantas kerana secara tiba-tiba angin kuat sebelum beliau terdengar bunyi bising serta kuat di bahagian dapur, dan mendapati bumbung rumahnya telah diterbangkan angin dan air memenuhi ruang tersebut kerana hujan lebat.
“Saya berada di ruang tamu semasa kejadian bersama isteri dan anak, sebaik bunyi kuat kami mendapati bahagian bumbung dapur telah diterbangkan angin dan air hujan masuk menerusi ruang itu kerana sudah tiada bumbung, saya tidak sempat menyelamatkan apa-apa yang berada di situ, tapi Alhamdulilah yang penting kami sekeluarga selamat,” katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.
Seorang peniaga di Kayangan, Wan Mohd Mustaqim Wan Azizan, 33, berkata kejadian ribut itu berlaku begitu pantas, iaitu tidak sampai dua minit dan peniaga hanya mampu menyelamatkan diri dan melihat peralatan perniagaan ditiup angin, kerana masing-masing bimbang keselamatan.
“Kejadian seperti ini kerap berlaku di sini, tetapi kali ini yang paling teruk kerana turut hujan lebat, jadi boleh dikatakan semua peniaga di sini berniaga makanan dan kesemua peralatan serta barangan jualan musnah,” katanya yang kerugian kira-kira RM3,000.
Sementara itu Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Ahmad Darus berkata, pasukan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas terus melawat dan memberi bantuan awal kepada semua mangsa yang terlibat dalam kejadian ribut tersebut.
Bagi peniaga di Kayangan, beliau yang mewakili Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas telah menyampaikan bantuan wang tunai segera kepada 40 peniaga di situ, yang kebanyakannya mengalami kerosakan peralatan berniaga serta makanan dijual.
“Manakala 16 buah yang terlibat dengan kerosakan akibat ribut antaranya bumbung terbang dan bahagian rumah ditimpa pokok, akan dibaiki oleh Pusat Khidmat Parlimen Kepala Batas dengan segera, kami telah membuat penilaian.
"Skuad khas kami juga telah memotong pokok yang menimpa rumah serta membantu mengalihkan bumbung yang jatuh,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 04 2021

Rumah yang terlibat dengan kerosakan akibat ribut akan dibaiki oleh Pusat Khidmat Parlimen Kepala Batas dengan segera. --fotoBERNAMA

Institusi dan pendidikan Islam diharap dapat keutamaan dalam Belanjawan 2024
Pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen bulan depan diharap akan terus memberi keutamaan kepada penambahbaikan institusi dan pendidikan Islam.

KPKT salur peruntukan tambahan RM2 juta kepada PBT Perak
Sebanyak RM1 juta daripadanya diperuntuk kepada Majlis Bandaraya Ipoh bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan khususnya di kawasan perumahan.

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.
Putus tunang, pemuda nekad kembali ke pangkal jalan
Paling membuatkan Saiful terkilan kerana mengkhianati kepercayaan bekas tunang dan bakal ibu mentuanya, yang disifatkan sangat baik baik kepadanya.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, seorang maut
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.

Ribut: 10 pokok tumbang sekitar ibu negara
Sebanyak 10 kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di sekitar ibu negara, akibat hujan lebat, petang Selasa.

29 rumah rosak dipukul ribut susulan hujan lebat di Tambun
Menurut jurucakap PKOD APM Daerah Kinta, lokasi yang terjejas ialah Taman Indah, Taman Putra Indah dan Bandar Baru Putra.

Ribut: Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak diteruskan esok - MB
Sambutan akan diteruskan esok walaupun terdapat kerosakan serius akibat kejadian ribut petang tadi.

Taufan Idalia dijangka melanda Florida
Pada isnin, Taufan Idalia berada kira-kira 60 kilometer dari hujung barat Cuba dengan kelajuan angin 110 kilomter per jam.

Ribut terbangkan bumbung flat, gerai di Ampang
Kerja pembersihan dijalankan bersama pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan orang awam.

Bumbung terbang, kereta dihempap pokok
Kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 4 petang Ahad itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

PRN: Petugas media cedera ringan, khemah terbalik
Seorang petugas media cedera ringan setelah khemah menunggu di pusat pengundian Sekolah Rendah Agama (SRA) Serendah di sini, terbalik akibat ribut pada Sabtu.

Ribut di pantai republik Mari El Rusia korbankan tujuh orang
Pada 6 petang Sabtu, angin kencang menumbangkan sejumlah besar pokok berhampiran Tasik Yalchik, tempat percutian popular.

Ribut: Rumah penduduk di Kuala Terengganu, Kuala Nerus terjejas
Semua kerja pembersihan siap sepenuhnya malam semalam dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan oleh penduduk terjejas setakat ini.

Lebih 1,500 penerbangan dibatalkan, ribut badai timur laut AS
Lebih 1,500 penerbangan masuk dan keluar dari Amerika Syarikat (AS) dibatalkan setakat petang Ahad berikutan ribut melanda timur laut negara itu pada hujung minggu, lapor Xinhua.