awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

40 mangsa di PPS Chikus dibenarkan pulang

Bernama
Bernama
04/05/2021
02:58 MYT
40 mangsa di PPS Chikus dibenarkan pulang
PPS yang dibuka sejak Ahad lepas dan menempatkan 12 keluarga terdiri daripada 12 lelaki dan 12 wanita, 13 kanak-kanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuan itu, turut ditutup. - Foto Twitter/BERNAMA
IPOH: Seramai 40 mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Chikus Langkap, daerah Hilir Perak dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, pagi ini.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak berkata pemantauan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mendapati air telah surut sepenuhnya dan cuaca baik ketika ini.
Katanya, PPS yang dibuka sejak Ahad lepas dan menempatkan 12 keluarga terdiri daripada 12 lelaki dan 12 wanita, 13 kanak-kanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuan itu, turut ditutup.
Sebelum ini dilapor pada 2 Mei lepas, banjir yang berlaku pada kira-kira 3.00 petang telah menyebabkan tiga kampung terjejas banjir iaitu Kampung Parit 3 dan Kampung Batu Pecah, Chikus serta Kampung Belakang Kedai, Degong.
Kejadian hujan lebat mengakibatkan kediaman mereka di Kampung Sungai Rambai dinaiki air ekoran limpahan air Sungai Batang Padang, pada petang itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#Dewan Chikus
#Hilir Perak
#pulang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan