KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menghantar kira-kira 40 pegawainya ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA 2023) bagi memastikan isu kenaikan harga tidak berlaku.
Menteri berkenaan Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata ini bagi menjaga nama serta imej baik Malaysia supaya tiada sesiapa mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang, penginapan dan perkhidmatan menerusi acara antarabangsa itu.
"KPDN siap sedia di LIMA 2023 untuk menjaga nama baik Malaysia dan saya berharap semua seperti peniaga, pemain industri hotel, inap desa dan pengangkutan untuk jaga nama baik Malaysia dan beri khidmat terbaik.
"Mereka juga akan meraih keuntungan yang sepatutnya menerusi acara LIMA 2023 yang sangat berprestij ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2023, di sini pada Khamis.
Pameran LIMA 2023 dijadual berlangsung selama lima hari bermula 23 Mei ini dengan kali terakhir pameran dwitahunan itu diadakan adalah pada 2019 dan tidak diadakan pada 2021 susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika itu.
Lebih 600 syarikat dari 60 negara dijangka mengambil bahagian pada LIMA kali ini berbanding 400 syarikat pada edisi 2019.
Mengulas khabar angin bahawa bekalan gula tidak mencukupi, Salahuddin berkata perkara itu tidak benar dan meminta rakyat untuk tidak membuat pembelian panik kerana bekalan makanan itu mencukupi.
Berhubung isu tular di media sosial mengenai jualan tiket konsert Coldplay yang dijual lebih RM40,000, beliau berkata pihaknya tidak menerima sebarang aduan tentang perkara itu.
"Rakyat Malaysia perlu bijak, jangan beli tiket daripada ulat tiket tetapi mesti beli dengan ejen yang sah," katanya dan menambah peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 boleh diguna pakai sekiranya ada yang tertipu dengan penjualan tiket itu.
Coldplay, kumpulan muzik terkemuka dunia, dijadual menjayakan konsert dalam siri jelajah Music Of The Spheres World Tour mereka di Malaysia pada 22 Nov ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2023

Pesawat TUDM menjalani latihan awal di ruang udara Pangkalan Udara Butterworth sempena Pameran LIMA'23. - Foto BERNAMA

Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar
Anwar berkata nilai perpaduan, integriti dan keadilan buat semua yang diwariskan Tunku Abdul Rahman menjadi pegangan beliau dalam mengemudi Kerajaan MADANI.
CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR melalui program Santuni MADANI
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta bagi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) buat lebih 9,000 penghuni PPR sekitar Lembah Klang.

Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau sendiri telah hadir ke beberapa sesi libat urus bagi mendengar pandangan semua pihak.

Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan
Trump merujuk kepada 'perdagangan timbal balik', supaya AS dilayan secara adil dengan negara lain.

Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini
Transformasi digital itu termasuk pelaksanaan sistem pengurusan digital berasaskan awan (CCMS) di 100 klinik kesihatan (KK) seluruh negara.

Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.

Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.

Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.
Indonesia rangka peratusan had umur, lindungi kanak-kanak di platform digital
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Tiada notis usul undi tidak percaya terhadap PM diterima setakat ini - Johari Abdul
Johari Abdul berkata sehingga kini, Parlimen belum menerima sebarang notis rasmi berhubung usul undi tidak percaya terhadap Anwar daripada mana-mana Ahli Parlimen, termasuk pihak pembangkang.

Amirudin akui lebih selesa kekal terajui Selangor
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau lebih selesa untuk terus kekal menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Ibu nafi anak bongsu meninggal dunia
Ibu kepada kanak-kanak lelaki yang kritikal selepas termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus pada Ahad lepas menafikan anak bongsunya meninggal dunia.

Kelibat Kate Middleton dilihat dalam video terbaharu
Ia juga merupakan kali ketiga Kate dilihat di khalayak ramai sejak akhir Disember.

Anak nafi khabar angin Jamal Yunos nazak
Jamal ketika ini menjalani tempoh rawatan akibat kanser paru-paru tahap empat di Pusat Perubatan Prince Court sejak Khamis lalu.

JDT tinggalkan 'hint', Dion Cools bakal ke Selatan!
JDT seakan-akan meninggalkan petunjuk bagi pengambilan pemain terbaharu mereka, Dion Cools yang sebelum ini berpangkalan di Thailand.

Yusri tidak tahu mengenai hijrah 'Messi' ke Perak FC
Ketua Jurulatih Perak FC Yusri Che tidak tahu-menahu mengenai spekulasi penghijrahan pemain tengah Terengganu FC Muhammad Faiz Mohd Nasir.

Raymond Goh masih hidup, henti sebar berita palsu - Keluarga
Keluarga penyampai berita TV3, Raymond Goh menegaskan laporan dan khabar angin yang tersebar mendakwa selebriti itu sudah meninggal dunia adalah palsu sepenuhnya.

Tiada tindakan boikot dalam MCA terhadap Suhaizan - Wee
Wee Ka Siong menafikan berlaku tindakan boikot dalam kalangan ahli atau penyokong MCA terhadap calon Pakatan Harapan Suhaizan Kaiat pada PRK bagi kerusi Parlimen Pulai pada 9 Sept ini.