BACHOK: Kepulan asap hitam dan tebal sedikit pun tidak mengganggu tumpuan Nazri Mohd Sohor sebaliknya tangannya terus tangkas memasukkan kayu ke dalam 'gok', binaan seakan iglu yang berfungsi sebagai ketuhar untuk membakar kayu sehingga menjadi arang.
Itu rutin harian Nazri, 48, bersama isterinya Pazuriatiayu Paudin, 45, sejak lapan tahun lalu selepas mengambil alih perusahaan membuat arang berusia 40 tahun milik bapa mentuanya, Allahyarham Paudin Ismail.
Allahyarham Paudin meninggal dunia 17 Januari lepas.
Bercakap kepada Bernama, Nazri berkata arwah bapa mentuanya memulakan perusahaan membuat arang itu di Kampung Padang Raja, Melor, Kota Bharu sebelum beliau bersama lima ipar-duainya memindahkan tapak perusahaan ke lokasi sekarang berhampiran rumahnya di Kampung Bukit Mak Lipah Mahligai, di sini.
"Kemahiran menghasilkan arang kini diwarisi dan diturunkan kepada kami semua, terdapat 12 buah gok yang digunakan untuk membakar kayu seterusnya menghasilkan arang di sini.
"Proses pembakaran kayu mengambil masa antara dua minggu untuk gok kecil bersaiz 3.05 meter (m) dan tiga minggu untuk gok besar bersaiz 3.96m sebelum menjadi arang. Antara jenis kayu yang saya gunakan untuk membuat arang ialah kayu pokok rambutan, getah dan dokong," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
Bercerita lanjut, Nazri berkata untuk menghasilkan arang yang berkualiti, kawalan api perlu diberi perhatian.
"Selepas kayu dimasukkan ke dalam gok, api dinyalakan di bahagian tempat khas sebelah pintu utama. Kayu kemudian dibakar menggunakan suhu tinggi untuk tiga hari, sebelum proses pembakaran diteruskan menggunakan api sederhana serta kecil sehingga kayu bertukar menjadi arang," katanya.
Nazri berkata beliau perlu memeriksa gok lima kali sehari bagi mengelak ia merekah dan api merebak ke luar, selain gok juga perlu ditampal dengan tanah liat 'kelat masam' dan pasir halus basah di permukaan pintu bagi mengekalkan kelembapan supaya suhu terkawal.
Sementara itu, Pazuriatiayu berkata arang yang berkualiti tidak mengeluarkan percikan api dan mudah untuk dinyalakan.
"Kami menjual arang siap dibungkus seberat dua kilogram (kg) pada harga RM2. Biasanya arang kami dibeli oleh peniaga nasi kerabu, ayam dan daging bakar, roti tempayan, burger bakar, pizza arang dan lain-lain lagi.
"Setiap bulan kami mampu menghasilkan kira-kira 3,800kg arang. Malah arang keluarga kami turut memiliki pelanggan tetap di luar negeri ini seperti di Kuala Lumpur," katanya.
Menurutnya selain arang yang siap dibungkus, arang yang hancur dan kurang masak (dipanggil arang puting) dimasukkan ke dalam guni dan dijual pada harga RM25 satu guni seberat 20kg kepada pelanggan seperti penempa senjata serta pengusaha bunga orkid dan ros.
"Malah menariknya juga masih ada yang menggunakan arang untuk dijadikan 'api dian' semasa dalam pantang bersalin," katanya.
Pazuriatiayu akui ketika ini amat sukar mendapatkan bekalan kayu di sebalik permintaan tinggi arang yang diterima daripada pelanggan. -- BERNAMA
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Bernama
Sun Oct 24 2021
Pekerja arang Mariam Che Muda, 56, menunjukkan sebahagian arang yang sudah siap dibakar sebelum dibungkus ke dalam beg plastik ketika ditemui Bernama di Kampung Bukit Mak Lipah Mahligai baru-baru ini. - Bernama
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
INNOVATHON musim kedua sasar tarik bakat muda, pupuk minat pada STEM
INNOVATHON musim kedua memfokuskan kepada penghasilan tenaga kerja dan bakat masa depan yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Tuanku Zara Salim rasmi Pameran Limar anjuran Muzium Seni Asia, UM
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim berkenan untuk merasmikan Pameran Limar “Tenunan warisan yang kian dilupakan” anjuran Muzium Seni Asia Universiti Malaya dimana sejumlah 78 koleksi tenunan limar dipamerkan bersempena pameran tersebut.
Lawrence Wong sah PM baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri republik itu yang baharu, pada Selasa.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Peristiwa Nakba disifatkan berulang, tapi lebih dahsyat
76 tahun berlalu, peristiwa Nakba yang berlaku pada 14 Mei 1948 terus diingati sebagai peristiwa hitam buat rakyat Palestin. Nakba yang membawa maksud malapetaka merujuk kepada penghapusan etnik Palestin, yang mana bagi penduduk Gaza, peristiwa itu tidak ubah seperti apa yang berlaku sekarang. Penderitaan dan kesengsaraannya malah disifatkan lebih teruk berbanding 1948.
Malaysia mahu terokai pelbagai bidang dengan Republik Kyrgyz
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz dalam pelbagai bidang yang boleh dibangunkan bersama.
Dua pegawai penjara maut, seorang banduan lolos
Penyerang bersenjata membunuh dua pegawai penjara Perancis dan mencederakan tiga yang lain dalam serangan ke atas konvoi di Normandy pada Selasa.
Data PADU sudah sedia, tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Sebarang keputusan berhubung pelaksanaan mekanisme tersebut, hanya akan diputuskan oleh kerajaan pada tempoh yang sesuai bagi mengelakkan spekulasi inflasi.
Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM
Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Cadangan gaji minimum UNICEF sedang dikaji - Rafizi
Rafizi menjelaskan perbincangan berkenaan gaji minimum termasuk prosesnya itu adalah tanggungjawab Majlis Perundingan Gaji Negara bagi menilai kedudukan gaji minimum.
40 tahun dalam pasaran, arang keluarga Paudin terus jadi pilihan
Nazri Mohd Sohor mengambil alih perusahaan membuat arang berusia 40 tahun milik bapa mentuanya, Allahyarham Paudin Ismail.
Kereta bau hapak? Ini bahan semulajadi untuk hilangkan kepam dalam kereta
Bagi ramai pemilik kereta, ini antara masalah utama dihadapi yang akhirnya menyebabkan kereta akan mula berbau hapak dan busuk!
Pasangan suami isteri hasil empat tan arang daripada tempurung
Pasangan suami isteri berjaya menghasilkan lebih empat tan arang daripada tempurung kelapa sekali gus mengurangkan lambakan bahan buangan.
Jurujual wanita maut akibat keracunan karbon monoksida - Polis
Mangsa mati disebabkan terhidu gas berkenaan manakala anak lelaki mangsa dilaporkan belum sedarkan diri dan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
"Segalanya terlalu sukar, tolong benarkan saya pergi" - Mesej terakhir Jonghyun sebelum bunuh diri
Kakak kepada anggota kumpulan SHINee, Jonghyun, Kim So Dam mengesahkan adik kesayangannya itu meninggal dunia akibat bunuh diri.
Guru bunuh diri untuk bersama ibu bapa
Lim Sing King,49, dijumpai abangnya selepas beliau mengambil keputusan membunuh diri di kediamannya di Taman Bercham Aman di Ipoh semalam.