DI NEGARA kita yang mempunyai cuaca tropika dan kelembapan tinggi, masalah kereta berbau cukup mudah terjadi.

Apatah lagi jika hujan turun setiap hari dan air membasahi badan anda meresap ke dalam kusyen kereta.

Bagi ramai pemilik kereta, ini antara masalah utama dihadapi yang akhirnya menyebabkan kereta akan mula berbau hapak dan busuk!

Bau hapak dalam kereta memang cukup menyakitkan hati. Apatah lagi jika kita tumpangkan orang lain dalam kereta. Pasti berasa malu disebabkan kereta berbau busuk.

Untuk atasi masalah ini anda boleh gunakan beberapa produk semburan yang dijual di pasar raya.

Namun sebenarnya anda boleh gunakan bahan-bahan semulajadi untuk atasi masalah bau hapak.


KOPI

Untuk mengurangkan bau hapak anda boleh gunakan biji kopi. Letakkan beberapa biji kopi dalam bungkusan kain yang diikat dan letakkan di bawah kerusi kereta.

Anda juga boleh letakkan dan gantung berhampiran dengan lokasi pendingin hawa keluar. Bau kopi boleh melawan bau hapak dan kereta anda juga akan berbau lebih menyenangkan hidung.

Sejak turun-temurun arang telah digunakan untuk menyerap kelembapan dan bau hapak. Ambil beberapa ketul arang dan letakkan di atas lantai kereta. Lebih elok diletakkan di bawah kerusi penumpang hadapan.

Anda juga boleh bungkus arang dalam kain yang ditebuk lubang.


PANDAN

Daun yang cukup sinonim dengan bau wangi dalam masakan tempatan ini juga boleh digunakan untuk melawan bau hapak dalam kereta.

Dapatkan beberapa keping helai daun pandan dan ikat. Kemudian letakkan daun pandan yang diikat itu di lantai kereta.

Anda juga boleh melakukan hirisan halus dan letakkan dalam kain berbentuk seperti sup bunjut.


LIMAU NIPIS ATAU KASTURI

Jika berlaku tumpahan minuman sebagai contohnya minuman coklat, ia akan mendatangkan bahana kepada kereta.

Ini kerana ia boleh bertukar berbau sangat masam! Untuk kawal perkara ini daripada berlaku anda boleh gunakan buah limau nipis atau kasturi.

Selepas dibersihkan perahkan hirisan limau ke bahagian yang terkena minuman tersebut.


LEMON

Sama seperti limau nipis atau kasturi, lemon membawa fungsi yang lebih kurng sama. Cuma kulit lemon juga bpoleh digunakan untuk hilangkan bau hapak kereta.

Hiriskan kulit lemon dan letakkan dalam kain kecil. Letakkan ain tersebut di dalam kereta berhampiran dengan penghawa dingin.


Selamat mencuba!