awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah

Bernama
Bernama
12/12/2024
05:10 MYT
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, mengambil kira trend pengeluaran Akaun Fleksibel untuk 2024, jangkaan pengeluaran pencarum KWSP untuk tahun-tahun akan datang adalah sekitar RM5 hingga 7 bilion setahun. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih untuk mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
“Setakat 27 Nov 2024, seramai empat juta atau 30.5 peratus daripada keseluruhan ahli KWSP telah membuat pengeluaran melalui Akaun Fleksibel dengan jumlah pengeluaran RM11.6 bilion.
“Jumlah baki simpanan keseluruhan Akaun Fleksibel pula adalah sebanyak RM7.4 bilion setakat November 2024,” katanya ketika sesi soal jawab, di Dewan Negara, hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Bobbey Ah Fang Suan yang ingin tahu jumlah pencarum KWSP yang telah memindahkan caruman daripada Akaun 1 ke Akaun 3 dan jumlah pencarum serta caruman yang telah dikeluarkan daripada Akaun 3 setakat ini.
Mengambil kira trend pengeluaran Akaun Fleksibel untuk 2024, jangkaan pengeluaran untuk tahun-tahun akan datang adalah sekitar RM5 hingga 7 bilion setahun, katanya.
Amir Hamzah berkata, jumlah ini adalah minimum jika dibandingkan dengan pertumbuhan saiz dana pelaburan KWSP yang meningkat dalam RM100-120 bilion setahun daripada penjanaan pendapatan pelaburan serta aliran masuk caruman bersih yang diterima daripada ahli.
“Jangkaan pengeluaran ini juga adalah jauh lebih rendah berbanding peruntukan baki tunai berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA) pada julat dua sehingga enam peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP, bersamaan sekurang-kurangnya RM25 bilion,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau turut menjelaskan, KWSP sedia melihat sekiranya ada keperluan untuk merujuk semula terma bagi penukaran simpanan konvensional kepada simpanan syariah.
“Kita melihat kalau ada peluang (rujuk semula) terma tersebut, tetapi ini memerlukan perhatian yang lebih mendalam. Ini masih dalam pertimbangan KWSP,” katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk A Kesavadas Nair yang ingin tahun sama ada ahli boleh menukar semula simpanan syariah kepada simpanan konvensional. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#KWSP
#Amir Hamzah Azizan
#Akaun Fleksibel
#Akaun Persaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan