SEREMBAN: Seramai 42,120 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara akan menerima suntikan vaksin COVID-19 pada fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijadualkan bermula 26 Feb ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemberian vaksin itu melibatkan 84,240 dos dengan setiap anggota menerima dua dos suntikan vaksin.
"Saya percaya Mac nanti (anggota) kita akan terima (vaksin) memandangkan tentera juga adalah barisan hadapan. Ini termasuk juga anggota yang mengawal sekatan jalan raya dan Op Benteng bersama polis.
"Jadual (pemberian vaksin) akan ditetapkan dan dimaklumkan pada pihak ATM," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Markas 1 Briged, Kem Sikamat, di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata untuk ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 esok, ATM juga akan dilibatkan bagi kawalan keselamatan mulai esok hingga waktu suntikan diberikan kepada orang awam.
Esok, Malaysia akan menerima 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 yang akan diterbangkan dengan penerbangan pesawat penumpang Malaysia Airlines ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dan diasingkan sebelum dihantar ke pelbagai tempat penyimpanan vaksin di seluruh negara.
Sementara itu, ditanya sama ada ATM mempertimbang menjadikan hospitalnya antara pusat simpanan vaksin, Ismail Sabri berkata ATM bersedia membantu kerajaan dalam sebarang keadaan selain mempunyai keanggotaan yang mencukupi.
"Insya-Allah, kita bersedia berbincang dengan Hospital Angkatan Tentera lagi pun ATM juga banyak terlibat dalam urusan COVID-19 termasuk menyediakan Hospital Medan ATM di Sabah sebelum ini," katanya.
Terdahulu, Ismail Sabri menjelaskan, lawatannya ke RKAT itu adalah sebahagian daripada lawatan ke formasi-formasi Tentera Darat Malaysia.
"Di sini saya juga telah meluluskan pembinaan dewan serbaguna bernilai RM5 juta yang akan dibina sama ada tahun ini atau awal tahun hadapan dan turut sempat menziarahi empat rumah bagi menyantuni waris dan anggota yang menghidapi penyakit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 20 2021
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan anggota Skuadron Semboyan Briged Pertama Infantri (1SSB) ATM Norhayat Mohd Noh (tiga, kanan) ketika menziarahinya sempena lawatan kerja di Rumah Keluarga Angkatan Tentera. - BERNAMA
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi
Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit
Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak.
Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan
Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024.
COVID-19: 'Masyarakat hanya sedar apabila ada ahli keluarga meninggal dunia'
Dr Farhan mengingatkan orang ramai agar tidak mementingkan percutian atau hadir ke majlis keramaian sekiranya mengalami simptom COVID-19.
Perhebat kembali pesanan awam, tangani maklumat salah vaksin COVID-19
Lebih tujuh bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa, walaupun kekal sebagai ancaman global, Mala
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini
Chan berkata, setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.
Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin COVID-19 versi terkini
Suruhanjaya Eropah sudah meluluskan versi terkini vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer.
Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.