awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegang kayu di plaza tol, polis buru dua individu
Kelantan hargai arahan Perdana Menteri percepat penggantian titi gantung Lata Rek
'Green lab' bakal disediakan di sekolah rendah di Alor Gajah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

43 penjawat awam terima ganjaran lapor rasuah - SPRM

Bernama
Bernama
23/09/2025
10:00 MYT
43 penjawat awam terima ganjaran lapor rasuah - SPRM
Ahmad Khusairi berkata kesemua penerima turut menjalani Tapisan Keutuhan melalui Sistem Tapisan Keutuhan agensi antirasuah itu dan layak menerima ganjaran yang diluluskan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM46,000. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Seramai 43 penjawat awam daripada lima jabatan dan agensi kerajaan di seluruh negara akan menerima pengiktirafan serta ganjaran kerana tampil membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian atau penerimaan rasuah.

Ringkasan AI
  • Seramai 43 penjawat awam daripada lima jabatan dan agensi kerajaan menerima pengiktirafan serta ganjaran berjumlah RM46,000 kerana melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah kepada SPRM, selepas menjalani Tapisan Keutuhan.
  • Sejak 2012 hingga 2024, seramai 550 penjawat awam telah menerima ganjaran bernilai RM1.14 juta, dengan Polis Diraja Malaysia mencatat jumlah penerima tertinggi diikuti Jabatan Imigresen, APMM, KPDN dan agensi lain.
  • Pengiktirafan ini selaras dengan pekeliling kerajaan yang berkuat kuasa sejak 1 Jun 2011, dan bertujuan menghargai integriti penjawat awam serta mendorong lebih ramai tampil melaporkan rasuah secara berani dan bertanggungjawab.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata kesemua penerima turut menjalani Tapisan Keutuhan melalui Sistem Tapisan Keutuhan agensi antirasuah itu dan layak menerima ganjaran yang diluluskan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM46,000.
"Berdasarkan statistik semasa dari tahun 2012 hingga 2024, seramai 550 calon penerima telah diberi pengiktirafan dengan jumlah ganjaran bernilai RM1.14 juta.
"Dalam tempoh tersebut, Polis Diraja Malaysia mendahului senarai penerima ganjaran seramai 386 orang diikuti Jabatan Imigresen Malaysia (48), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (25), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (15) manakala selebihnya melibatkan agensi kerajaan lain," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Panel Penilaian Pengiktirafan Kepada Penjawat Awam yang Melaporkan Pemberian atau Penerimaan Rasuah Siri 14 Bil 1 Tahun 2025 di Ibu Pejabat SPRM di sini.
Ahmad Khusairi berkata mesyuarat itu diadakan untuk mengiktiraf penjawat awam yang menunjukkan integriti tinggi dengan melaporkan aktiviti rasuah ketika melaksanakan tugas.
"Pengiktirafan ini bukan sahaja melambangkan penghargaan terhadap integriti penjawat awam malah menjadi dorongan serta contoh kepada penjawat awam lain," katanya.
Mesyuarat itu susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan pada 19 Ogos 2010 yang bersetuju pengiktirafan diberikan kepada penjawat awam yang melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah.
Lanjutan daripada itu, Ketua Setiausaha Negara telah mengeluarkan Surat Pekeliling bertarikh 11 Mei 2011 berkaitan Garis Panduan Kepada Penjawat Awam Yang Melaporkan Pemberian atau Penerimaan Rasuah yang berkuat kuasa mulai 1 Jun 2011.
Antara kriteria utama yang melayakkan penjawat awam menerima pengiktirafan ialah mereka perlu memberi kerjasama penuh kepada pegawai SPRM yang menyiasat kes sehingga perbicaraan selesai termasuk hadir di mahkamah untuk memberikan keterangan, jika diperlukan.
Turut hadir Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan 1, Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Datuk Razali Che Ani, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus, Pengarah Bahagian Kewangan, Akaun dan Pembangunan SPRM Datuk Sukairi Samsudin, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Juwairiyah Jaafar dan Ketua Seksyen Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan Kementerian Kewangan Noor Rashida Abdul Rashid.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#penjawat awam
#ganjaran sprm
#Ahmad Khusairi Yahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan