IPOH: Sebanyak 44 laluan di Taiping akan ditutup dan dilencongkan bagi memberi laluan kepada acara Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2023 pada 19 Nov (Ahad) ini.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata penutupan dan lencongan itu akan dilaksanakan bermula pukul 5.15 pagi Ahad sehingga program berkenaan selesai.
Larian itu akan bermula di Dataran Warisan Taiping dan laluan terlibat ialah Jalan Alang Ahmad/Public Bank, Jalan Manecksha, Jalan Alang Ahmad/Jalan Kota (Nafis Kitchen), Jalan Pasar/Jalan Alang Ahmad (7Eleven) dan Jalan Tamingsari (menghala ke Dataran Warisan dan IPD Taiping).
Laluan lain ialah Jalan Ong Saik/Jalan Barrack (menghala ke pejabat pos), Jalan Lim Tee Hooi, Jalan Lim Teong Chye, Jalan Panglima Ah Chong, Jalan Chun Thye Ping, Lorong Arasarathnam (hadapan Hong Leong Bank), Jalan Yusof (sebelah Hong Leong Bank), Jalan Abdul Jalil (tepi Hospital Taiping), pintu belakang Hospital Taiping (dibuka untuk ambulans sahaja) dan lampu isyarat Jalan Stesyen/Assam Kumbang (tutup hala ke Taiping).
Turut ditutup dan dilencongkan ialah susur dari stesen minyak BHP Taman Happy Park menghala ke pasar raya Lotus, simpang Taman Zenith, Jalan Anak Bukit, lampu isyarat Hotel Sense (kenderaan dari hotel hala ke Kamunting), simpang ke Hospital Columbia Asia, Jalan Kelab Lama (Dewan Serbaguna IPD Taiping), simpang Jalan Muzium/Jalan Temenggung (TMGS), lorong Kuarters Penjara (belakang Muzium Taiping) dan lorong Kuarters Penjara sepanjang Jalan Taming Sari.
Beliau berkata lampu isyarat Penjara Taiping (menghala ke Jalan Kamunting Lama sahaja), Jalan Lumba Kuda (SK(P) Treachers Methodist), Lorong SP/2, Simpang 3 Hotel Grand Baron, Simpang 3 Taman Botani dan Simpang 3 Jalan Padang Tembak juga ditutup dan dilencongkan.
Selain itu, laluan lain yang terlibat ialah di lampu isyarat Masjid Kamunting, lampu isyarat Hotel SSL (menghala ke Penjara Taiping), simpang masuk dan keluar kedai ECO Kamunting, lampu isyarat Bukit Mas, simpang masuk dan keluar Taman Dato Seri Razak dan simpang Jalan Kamunting Lama/Taman Lake View.
Simpang Jalan Kamunting Lama/Taiping Vista Hill, simpang New Club (Mess Pegawai Tentera), Dataran Kedamaian, simpang Tasik Lestari/Taman Aun Say (menghala ke Zoo Taiping), Simpang 3 Kamal Bina/Jalan Samanea Saman, hadapan Dewan Persatuan Tiong Hua (Jalan Taman Tasik), simpang keluar dan masuk KFC Jalan Taman Tasik dan Taman Tasik (belakang Nasi Kandar Beratur) juga terlibat dengan acara itu.
Sehubungan itu, pihak polis menasihati orang ramai supaya menggunakan laluan lain sebagai jalan alternatif dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan.
Pengguna yang hendak melalui jalan-jalan berkenaan juga dinasihatkan agar merancang perjalanan dan memberi kerjasama bagi mengelak sebarang kesulitan, selain memastikan kelancaran aliran trafik di kawasan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023
Polis menasihati orang ramai supaya menggunakan laluan lain sebagai jalan alternatif dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Mayat wanita ditemukan terapung di lombong
JBPM Perak menerima panggilan dari polis bagi membantu mengambil mayat tersebut pada 9.13 pagi.
Pelancong Jepun terlibat nahas bas di Taiping meninggal dunia
Polis berkata wanita berusia 73 tahun itu meninggal dunia pada 9 malam semalam ketika dirawat di Hospital Kuala Kangsar.
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Wanita maut tercampak dari SUV terbabas di Taiping
Seorang wanita maut setelah tercampak dari kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Warga emas dicari, lebih sebulan menghilang
Polis Daerah Taiping dalam satu kenyataan memberitahu, wanita itu dikenali sebagai Haliza Mohd Taib dan bekerja sebagai pembantu kedai.
Pegawai khidmat masyarakat rugi RM177,700 diperdaya sindiket 'phone scam'
Seorang pegawai khidmat masyarakat di Taiping mengalami kerugian RM177,700 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian.
Nahas dua kereta di WCE: Suami isteri antara tiga maut
Mereka yang maut merupakan seorang lelaki dan dua wanita manakala seorang wanita dan lima kanak-kanak cedera.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah lebih 21kg
Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di Jalan Medan Simpang, Simpang dekat Taiping.