SEPANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengambil tindakan terhadap 45 daripada 4,064 premis makanan yang diperiksa dalam Ops Menu di seluruh negara sejak 6 Nov hingga hari ini.
Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP Azman Adam berkata 45 premis berkenaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 serta Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972.
"Dalam Ops Menu ini, perkara utama kita akan periksa tanda harga yang dipamerkan, sama ada ia sama dengan di dalam menu atau tidak. Ada restoran yang pamerkan tanda harga tapi tidak sama dengan di dalam menu.
Perbezaan harga itu antara RM0.50 hingga RM0.60 sen. Ini adalah satu kelakuan yang ternyata mengelirukan pengguna. Jadi kita (KPDNHEP) sudah ambil tindakan terhadap peniaga berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melakukan Ops Menu di sekitar Kota Warisan, di sini malam ini.
Katanya, Ops Menu yang bermula pada 6 Nov lepas itu disertai lebih 2,000 anggota penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara dan akan diteruskan bagi menyekat kenaikan harga makanan secara mendadak.
Berikutan pelbagai aduan diterima daripada pengguna berkaitan isu tersebut Azman berkata bahawa KPDNHEP tidak lagi memberi amaran kepada peniaga yang sengaja mengaut keuntungan secara tidak munasabah, sebaliknya mengenakan tindakan tegas di bawah AKHAP 2011 jika didapati bersalah.
Seksyen 14(1) AKHAP 2011 memperuntukkan denda sehingga RM500,000 bagi perbadanan atau syarikat dan sehingga RM100,000 bagi individu atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Orang ramai dipelawa menyalurkan aduan beserta bukti seperti resit atau gambar kepada KPDNHEP melalui pelbagai saluran yang disediakan iaitu portal e-aduan.kpdnhep, e-mel di [email protected], aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDNHEP, WhatsApp 019-279 4317 atau menghubungi Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) di talian 03-8882 6088/ 6245.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 30 2021
Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP Azman Adam ditemui media selepas melakukan tinjauan harga barangan sempena Operasi Ops Menu dan Pemeriksaan Harga Barangan oleh KPDNHEP di sekitar Kota Warisan malam ini. - Foto BERNAMA
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
45 premis makanan dikenakan tindakan dalam Ops Menu
KPDNHEP telah mengambil tindakan terhadap 45 daripada 4,064 premis makanan yang diperiksa dalam Ops Menu di seluruh negara sejak 6 Nov hingga hari ini.
Ops Menu: Empat restoran di Terengganu dikompaun
Empat restoran di negeri ini dikompaun keseluruhan RM1,000 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu menerusi Ops Menu yang bermula 6 Nov lepas.
Siakap harga empat angka: KPDNHEP rujuk kes kepada Timbalan Pendakwa Raya
KPDNHEP akan merujuk kes peniaga restoran yang menjual ikan siakap lebih RM1,000 di Langkawi kepada Timbalan Pendakwa Raya.