Skip to main content

Politik

[TERKINI] PRN Melaka: DAP kekal bersama PH, dakwa politik identiti jejas sokongan

Poay Tiong pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Melaka, hari ini. - Gambar Astro AWANI
Poay Tiong pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Melaka, hari ini. - Gambar Astro AWANI
Advertisement

MELAKA: DAP kekal bersama Pakatan Harapan (PH) dan terus menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Penerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, hubungan antara parti komponen PH kekal erat meskipun gabungan itu gagal mencapai keputusan yang diharapkan.

"Kita kekal dengan PH, hubungan parti erat dan kita akan menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Melaka, di sini, hari ini.

Advertisement

Pada PRN kali ini, DAP mempertahankan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir dan Ayer Keroh.

Bagaimanapun, DAP gagal memenangi kerusi Pengkalan Batu dan Duyong, manakala Parti Amanah Negara (Amanah) kehilangan Bukit Katil kepada Perikatan Nasional (PN).

Advertisement

Poay Tiong mendakwa kerjasama Barisan Nasional (BN) dan PN memberi tekanan kepada parti komponen PH sepanjang pilihan raya berkenaan.

Menurutnya, strategi politik identiti menerusi naratif penyatuan Melayu dan Islam antara faktor yang menyukarkan parti komponen PH meraih sokongan.

Dalam pada itu, Poay Tiong menyifatkan kemenangan DAP di Ayer Keroh sebagai signifikan kerana kerusi campuran berkenaan pada awalnya diramal berisiko tinggi untuk tewas.

Katanya, keputusan itu membuktikan pengundi masih menerima DAP dan calonnya meskipun pihak lawan sebelum ini yakin mampu merampas kerusi berkenaan.

Must Watch Video

Advertisement