Skip to main content

Politik

[TERKINI] PRN Melaka: PN serah kepada prerogatif ketua menteri lantik exco - Idris

Idris menyifatkan kemenangan BN dan PN sebagai bukti kerjasama kedua-dua gabungan itu mendapat sokongan rakyat, termasuk pengundi muda. - Gambar Astro AWANI
Idris menyifatkan kemenangan BN dan PN sebagai bukti kerjasama kedua-dua gabungan itu mendapat sokongan rakyat, termasuk pengundi muda. - Gambar Astro AWANI
Advertisement

MELAKA: Perikatan Nasional (PN) menyerahkan kepada budi bicara ketua menteri berhubung cadangan melantik wakil gabungan itu sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) selepas membentuk kerajaan negeri bersama Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Idris Ahmad berkata, perkara itu terletak di bawah prerogatif Ketua Menteri Melaka dan beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenainya.

"Okay, itu kuasa prerogatif daripada ketua menteri, saya enggan komen bab ini.

Advertisement

“Kepada kita, yang penting agenda hari ini ialah langkah pertama, kita menang dulu dan kita telah buktikan," katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan PRN Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pada Sabtu.

Beliau mengulas cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu BN melantik exco daripada PN jika gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan politik selepas PRN Melaka, sambil menyifatkan kejayaan gabungan itu sebagai hasil kerjasama jentera di peringkat akar umbi.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan kemenangan BN dan PN sebagai bukti kerjasama kedua-dua gabungan itu mendapat sokongan rakyat, termasuk pengundi muda.

Mengenai hala tuju kerjasama itu selepas PRN Melaka, Idris berkata, Muafakat Nasional di negeri itu akan terus diperkukuh dengan meletakkan Putrajaya sebagai sasaran seterusnya.

“Seperti selalu saya sebut, ia bermula bertunas di Johor, kemudian berputik di Negeri Sembilan, hari ini berbuah dan insya-Allah rendangnya pula di Putrajaya,” ujarnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN dan PN memperoleh 15 daripada 28 kerusi DUN pada PRN Melaka ke-16, setakat ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN memaklumkan gabungan itu secara tidak rasmi telah memenangi dua pertiga kerusi, sekali gus mendapat sokongan kukuh untuk membentuk kerajaan negeri.

Beliau turut memaklumkan BN dan PN bersetuju melantik Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk menggalas tugas sebagai Ketua Menteri Melaka.

Must Watch Video

Advertisement