Skip to main content

Malaysia

45 rumah dikesan terlibat kegiatan curi air di Pasir Mas

Sumber: BERNAMA
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong, Pasir Mas dikesan melakukan sambungan haram bekalan air. - Gambar hiasan/ Bernama

KOTA BHARU: Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong, Pasir Mas dikesan melakukan sambungan haram bekalan air.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataan memaklumkan, kegiatan itu dikesan menerusi operasi pencegahan dan pemantauan yang dijalankan semalam bagi memastikan penggunaan bekalan air adalah sah serta mematuhi peraturan ditetapkan.

“Hasil pemeriksaan mendapati 45 rumah mempunyai sambungan haram atau penggunaan air yang memerlukan tindakan lanjut daripada pihak AKSB,” menurut kenyataan itu.

Menurut AKSB, pemantauan dan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung aktiviti sambungan haram serta meminimumkan isu Air Tidak Berhasil (NRW) kepada AKSB.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement