Seramai 452,721 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 selama lima hari bermula Khamis lepas (1 Sept) dan berakhir 8 Sept ini di 8,100 pusat peperiksaan seluruh negara.
Daripada jumlah berkenaan, 443,677 adalah calon daripada sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 9,044 calon lagi daripada sekolah swasta.
Calon tahun ini merupakan kohort pertama yang menduduki peperiksaan itu di bawah format baharu UPSR, sejajar pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang turut menekankan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Di JOHOR, seramai 54,663 calon UPSR ditempatkan di 945 pusat peperiksaan yang dikendalikan 6,145 petugas.
Pengarah Pendidikan Negeri, Shaharudin Sharif dalam kenyataan berkata daripada jumlah itu, 16,104 calon adalah dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC); 2,088 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan 788 calon sekolah swasta.
Tinjauan Bernama di SK Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bahru mendapati tujuh Calon Berkeperluan Khas (CBK) menduduki peperiksaan itu dengan kesemua mereka merupakan sebahagian daripada 122 CBK di Johor iaitu lima daripadanya adalah calon buta manakala dua lagi calon rabun.
Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Pendidikan Negeri, Rusni Ab. Jalil memaklumkan seramai 16,945 calon menduduki UPSR di 356 pusat peperiksaan, melibatkan 11,849 calon Sekolah Kebangsaan; 3,346 (SJKC); 1,529 (SJKT) dan 221 calon swasta.
Menurutnya, 161 murid termasuk seorang CBK dan tujuh calon menduduki peperiksaan itu di SK Seremban 2B manakala lapan calon lain mendudukinya di hospital.
Di PERAK, calon yang menduduki UPSR adalah seramai 35,521 orang di 869 pusat peperiksaan melibatkan 24,034 calon Sekolah Kebangsaan diikuti 8,379 calon SJKC; 2,283 (SJKT) dan 825 pelajar sekolah swasta.
Terdapat 10 calon yang menduduki peperiksaan di tujuh hospital seluruh negeri pada tahun ini, demikian menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Rozi Puteh Ismail.
Di PULAU PINANG, seramai 22,171 calon menduduki peperiksaan UPSR manakala 101 calon lain mengambil Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) yang terdiri daripada pelajar istimewa dan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Pengarah Pendidikan Negeri, Shaari Osman berkata daripada jumlah tersebut, 7,852 murid mengambil kertas Bahasa Cina dan 1,038 calon mengambil kertas Bahasa Tamil pada Khamis lepas.
Di TERENGGANU, Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata calon yang mengambil UPSR adalah 20,860 di 362 pusat peperiksaan termasuk 10 di SJKC dan 11 di sekolah swasta.
Setakat pagi ini, peperiksaan berjalan lancar kecuali seorang calon yang terpaksa mengambil peperiksaan di Kuala Terengganu Specialist Centre kerana mengalami jangkitan paru-paru, katanya.
Enam pusat peperiksaan turut disediakan di hospital-hospital daerah termasuk satu pusat di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu bagi menempatkan calon yang mengalami masalah kesihatan.
Di PAHANG,seramai 24,159 calon dari 548 sekolah menduduki UPSR yang merangkumi 19,939 calon dari Sekolah Kebangsaan, 3,126 (SJKC) dan 535 (SJKT).
Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Mohd Dzulkifry Nordin berkata calon yang turut menduduki peperiksaan itu adalah 41 orang dari Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 159 dari empat sekolah model khas dan 359 calon lagi dari lima sekolah swasta.
Di PERLIS, Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis Izmi Ismail memaklumkan seramai 3,815 calon termasuk empat CBK menduduki peperiksaan itu di 78 pusat peperiksaan yang dikendalikan 343 petugas.
Daripada jumlah itu 3,418 adalah calon Sekolah Kebangsaan, SJKC (293), SJKT (14) dan calon swasta (90), selain tiga calon yang terpaksa menjawab peperiksaan di hospital kerana masalah kesihatan dan kemalangan, katanya.
Di SABAH, calon yang menduduki UPSR adalah seramai 44,558 yang ditempatkan di 1,086 pusat peperiksaan.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid yang meninjau perjalanan peperiksaan itu di Sekolah Kebangsaan Sodomon, Keningau mengucapkan selamat maju jaya kepada kesemua calon dan berharap mereka bersemangat ketika menjawab soalan.
Di SELANGOR, Pengarah Pendidikan Negeri, Mohd Salleh Mohd Kassim berkata 790 pusat peperiksaan dibuka kepada 87,229 calon UPSR dengan 259 adalah CBK dan 22 lagi calon menduduki peperiksaan itu di hospital atas masalah kesihatan.
Di KEDAH, Jabatan Pendidikan Negeri memaklumkan seramai 33,169 pelajar, termasuk 47 CBK menduduki UPSR di 568 pusat peperiksaan yang menempatkan 3,200 pengawas.
Di SARAWAK, jumlah calon yang menduduki UPSR adalah 42,060 orang dengan 31,687 daripadanya atau 75.34 peratus murid menduduki ujian aliran Bahasa Melayu, manakala 10,373 yang lain (24.66 peratus) adalah aliran bahasa Cina.
Sebanyak 1,284 pusat peperiksaan dibuka iaitu 1,052 di Sekolah Kebangsaan, 224 di SJKC dan lapan lagi di sekolah swasta, selain melibatkan 277 penyelia kawasan dan 5,547 pengawas, menurut kenyataan Pejabat Pendidikan Negeri.
Sementara itu, jurucakap Jabatan berkenaan ketika dihubungi berkata kesemua 16 pelajar yang sepatutnya menduduki UPSR di SK Bario kini menjalani peperiksaan itu di SMK Bario selepas insiden kebakaran memusnahkan blok bangunan kayu dua tingkat yang menempatkan tujuh bilik darjah dari Tahun Satu hingga Tahun Enam di sekolah itu semalam.
Di KELANTAN, seramai 30,320 calon menduduki UPSR di 445 pusat peperiksaan melibatkan 28,649 calon sekolah kerajaan; SJKC (906); SJKT (4), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (65), Sekolah Yayasan Islam Kelantan (280), CBK (31) dan 416 calon persendirian dan swasta.
Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan Datuk Ab Aziz Abdullah berkata 11 calon menjalani peperiksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian yang terdiri daripada enam calon lelaki dan lima calon perempuan.
Di LABUAN, seramai 1,286 calon menduduki UPSR 2016, di 18 pusat peperiksaan yang disediakan di sini.
Daripada jumlah calon itu, 1,274 calon merupakan pelajar SK dan SJKC manakala 12 calon lagi dari sekolah swasta.
Enam CBK dan sembilan calon pentaksiran alternatif sekolah rendah, turut menduduki peperiksaan berkenaan.
Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin berharap calon UPSR 2016 dapat merealisasikan Aku Janji jabatan itu bersama-sama Kementerian Pendidikan, untuk mencapai gred purata negeri, 2.20 pada tahun ini berbanding 2.42 pada tahun lepas.
Beliau berkata, Labuan tersenarai antara 10 negeri terbaik dalam pencapaian UPSR seluruh negara.
Bernama
Mon Sep 05 2016
Daripada jumlah itu, 443,677 adalah calon daripada sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 9,044 calon lagi daripada sekolah swasta.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Minggu pertama persekolahan mampu pupuk motivasi pelajar hadir ke sekolah
Sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam bilik darjah akan ditangguh terlebih dahulu pada minggu pertama.
Utamakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan- NUTP
Presidenya Aminuddin Awang berkata ini kerana mereka yang berlatar belakangkan Pendidikan telahpun diuji tahap kemahiranya berbanding granduan lain.
Kalau ahli UMNO tidak seiring 4.0, apa akhirnya KBAT?
"Kita mahu ahli UMNO jadi ejen kepada KBAT ini dan ia tidak hanya tertakluk di sekolah tetapi juga di luar sekolah." Datuk Seri Mahdzir
Guru bukan punca KBAT gagal
Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan guru merupakan punca kegagalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti yang tersebar baru-baru ini.
Isu murid lemah KBAT selesai tahun depan - NUTP
Ketika ini guru masih perlu fokus kepada peperiksaan menyebabkan proses pembelajaran lebih bersifat content oriented.
Kelemahan guru punca 60 peratus sekolah hadapi masalah KBAT
Penerimaan dan pemahaman guru antara punca 169 buah sekolah berada di bawah tahap baik dan cemerlang hasil pemeriksaan penarafan amalan terbaik Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
PPPM 2013-2025 bakal bentuk pengetua, guru dan pelajar futuristik
PPPM 2013-2025 bukan sahaja akan membentuk pengetua, guru besar dan guru berprestasi tinggi dan futuristik malah melahirkan pelajar berfikiran kritis dengan kemahiran berkomunikasi.
452,721 calon duduki peperiksaan UPSR di seluruh negara
Daripada jumlah berkenaan, 443,677 adalah calon daripada sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 9,044 calon lagi daripada sekolah swasta.
KBAT bukan punca penurunan pelajar cemerlang SPM - Kamalanathan
Kementerian sedang menganalisis semua mata pelajaran yang mencatatkan penurunan bagi mencari punca kemerosotan jumlah pelajar cemerlang dalam SPM lepas.