48 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom di Sungai Petani, mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menikmati sarapan pagi di asrama sekolah berkenaan pagi tadi.
Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda menerima maklumat kejadian loya, muntah, cirit-birit dan sakit perut dalam kalangan murid sekolah terbabit pada 9.15 pagi melalui Klinik Kesihatan Bakar Arang dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani pada 9.30 pagi.
Beliau berkata siasatan awal mendapati 48 pelajar terlibat, dengan 44 pelajar mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bakar Arang manakala empat lagi pelajar berada di zon kuning dan zon hijau, dan dirawat di Jabatan Kecemasan HSAH.
"Semua pelajar diberi rawatan sebagai pesakit luar manakala empat pelajar yang dirawat di HSAH dibenarkan pulang pada 2.30 petang tadi," katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, Dr Norhizan berkata siasatan awal mendapati pelajar mula mengalami simptom loya, muntah, cirit-birit dan sakit perut padal 7 pagi selepas menikmati nasi goreng yang dimakan di asrama pada 6.45 pagi.
"Bilangan pelajar yang terdedah seramai 156 orang iaitu pelajar asrama perempuan Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan punca kejadian ini," katanya.
Katanya Pejabat Kesihatan Daerah telah menjalankan pengesanan kes di sekolah dan pemeriksaan dapur asrama diperintah tutup di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2018

Kesemua pelajar dibenarkan pulan g ke asrama selepas menerima rawatan di hospital. - Gambar hiasan

LHDN nafi dakwaan buat pusingan U berhubung Program Pengakuan Sukarela
LHDN berkata layanan cukai bagi setiap kes yang diterima dan disemak adalah berdasarkan fakta dan merit kes.

Shahidan Kassim dilantik Pengerusi baharu PR1MA - Zuraida
Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berkuat kuasa serta-merta.

AWANI Ringkas: Rasuah | Presiden UMNO mengaku tidak bersalah

Ekonomi Digital | Dua sahabat tubuh platform bantu peniaga wanita
Menyedari kepentingan wanita untuk bangkit khususnya ketika berdepan cabaran pandemik COVID-19, dua sahabat tekad menubuhkan ruang maya beli belah digital pada Mei tahun lalu. Menggabungkan kemahiran dan pengalaman dalam bidang perbankan, platform dikenali sebagai The Artisans Haven digerakkan bagi membantu usahawan wanita memasarkan produk mereka.

Pelajar Carut Guru | Polis kenakan tindakan, keluar saman
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata tindakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan kecil akan dikenakan ke atas pelajar berkenaan.

Kahwin Bawah Umur | Kes cerai meningkat
Perkahwinan bawah umur bukan sahaja mengekang hak seseorang untuk mendapat pendidikan sebaliknya turut meningkatkan kes penceraian yang disebabkan keganasan rumahtangga dan seksual.

Cucuk Mata Anjing | Warga emas berdepan hukuman penjara atau denda
Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan mencederakan seekor anjing jalanan pada Oktober tahun lepas. Mengikut pertuduhan, Ng Ah Leak, berusia 75 tahun, didakwa menjolok mata kiri anjing berkenaan dengan buluh sepanjang 2.4 meter sehingga menyebabkan haiwan itu menderita dan mengalami kesakitan.

Skim pampasan buat penerima vaksin dengan kesan sampingan serius akan diumum - Khairy
Skim itu akan memberi pampasan ex-gratia kepada kes kesan sampingan serius yang boleh dikaitkan dengan pemberian vaksin COVID-19.

AWANI Ringkas: Tujuh diambil keterangan dakwaan potong barisan vaksin
![[TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan [TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894394/26093765221615270766184_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

62 sukarelawan jadi individu terawal terima suntikan vaksin kajian klinikal COVID-19
Jumlah berkenaan merupakan sebahagian daripada 375 individu yang disasarkan menjadi sukarelawan bagi proses penerimaan suntikan kajian klinikal vaksin COVID-19.

'Frontliner' cedera parah, langgar tembok batu pembahagi jalan
Mangsa yang bertugas sebagai Pembantu Pegawai Perubatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) difahamkan sedang dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya dari arah Felda Teloi Kanan.

Juruteknik maut alat pemadam api meletup
Seorang juruteknik elektronik maut selepas alat pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya meletup.

Mayat berlumuran darah ditemui di bilik belakang sebuah rumah
Mayat seorang lelaki dengan kesan cedera di leher serta berlumuran darah ditemui tertiarap di bilik belakang sebuah rumah.

Penunggang motosikal maut dirempuh, diseret 10 meter atas lebuh raya
Mangsa berusia 21 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Satu maut, lima parah kemalangan melibatkan dua kereta bertembung
Seorang maut manakala lima lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta bertembung di Kampung Titi Batu, Batu 18, Yan, Kedah.

Pengutip kotak maut terperosok di bawah MPV
Seorang warga emas maut selepas terperosok di bawah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam satu kejadian kemalangan di Sungai Petani pada Ahad.

4 nyaris maut kereta terhumban dalam longkang lebuh raya
Terdapat empat mangsa dalam lingkungan usia 20-an. Tiga daripadanya mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital.

Serah kepada polis siasatan kes tahanan mati - Pengarah Penjara Kedah
Jabatan Penjara Kedah menyerahkan sepenuhnya kepada polis siasatan berhubung kes seorang tahanan di Penjara Sungai Petani yang meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Tiada unsur jenayah kematian tahanan Penjara Sg Petani - Polis
Hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada Rabu mendapati R.Gopal Krisnan, 21, meninggal dunia disebabkan terdapat jangkitan kuman pada injap jantungnya.