Skip to main content

Teknologi

China pilih kawal selia AI, bukan perlahankan pembangunan teknologi

generic 'China’s humanoid robots'
China turut menolak cadangan supaya kadar pembangunan AI diperlahankan. Sebaliknya, negara itu terus memperluaskan penggunaan teknologi berkenaan dalam pelbagai sektor ekonomi bagi menyokong pertumbuhan dan daya saing industri. -Gambar hiasan/Freepik
Advertisement

BEIJING: China berpandangan bahawa perkembangan kecerdasan buatan (AI) merupakan risiko yang boleh ditangani menerusi piawaian teknikal, kawal selia undang-undang dan pemantauan kerajaan, bukannya ancaman terhadap kelangsungan manusia.

Pendekatan itu dibuat susulan kebimbangan yang disuarakan beberapa penyelidik syarikat AI Amerika Syarikat, termasuk Anthropic, mengenai kemungkinan model AI termaju menjadi sukar dikawal manusia.

Berbeza dengan syarikat AI di Amerika Syarikat seperti OpenAI dan Anthropic yang tidak mendedahkan sepenuhnya parameter model mereka, syarikat teknologi di China lebih menggalakkan pembangunan model sumber terbuka yang membolehkan sistem disemak dan diubah suai oleh komuniti penyelidik.

Pengawal selia ruang siber China menerusi dasar terbaharu turut mengklasifikasikan situasi "hilang kawalan operasi" sebagai risiko keselamatan serius yang melibatkan ejen AI beroperasi secara autonomi.

Bagi mengurangkan risiko keselamatan siber, pembuat dasar negara itu sedang merangka piawaian keselamatan kebangsaan khusus bagi ejen kecerdasan buatan.

Bagaimanapun, Menteri Keselamatan Negara China, Chen Yixin, dilaporkan memberi amaran bahawa model AI termaju dari Amerika Syarikat berpotensi menimbulkan ancaman terhadap infrastruktur maklumat kritikal negara itu.

China turut menolak cadangan supaya kadar pembangunan AI diperlahankan. Sebaliknya, negara itu terus memperluaskan penggunaan teknologi berkenaan dalam pelbagai sektor ekonomi bagi menyokong pertumbuhan dan daya saing industri.

Must Watch Video

Advertisement