KUALA LUMPUR: Seramai 49 individu beragama Islam ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas didapati mengambil minuman keras dalam Operasi Bersepadu Premis Hiburan, pada Jumaat.
DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, 49 individu beragama Islam terdiri daripada 24 orang lelaki dan 25 wanita yang ditahan Jawi diberikan Surat Perintah Hadir (SPH) ke Bahagian Penguatkuasaan Jawi menerusi Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Akta 559).
Operasi diketuai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula jam 12 tengah malam itu dijalankan di sekitar Jalan Kia Peng dan Jalan Metro Pudu sebelum berakhir pada jam 4 pagi, pada Jumaat.
DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, selain Jawi, operasi dengan kerjasama agensi sahabat itu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan.
Menurut DBKL, hasil pemeriksaan dijalankan di tujuh buah premis hiburan, ia turut mengenakan tindakan penutupan (sealed) serta-merta dan sita peralatan terhadap sebuah premis di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.
"Ini termasuk membuka satu kertas siasatan (IP) di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (muzik) tanpa kebenaran dan satu notis di bawah Kaedah 29(2), Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) 1993 kerana membenarkan pengunjung bawah umur memasuki premis hiburan (kelab malam)," menurut kenyataan itu.
Selain itu, DBKL mengeluarkan satu notis kompaun di bawah UUK 5(1), Undang-Undang Kecil Iklan (WPKL) 1989 kerana mempamerkan iklan premis tanpa lesen dan membuat tindakan sita terhadap 10 pelbagai peralatan muzik melibatkan 'spinner', 'karaoke system player', 'mixer' dan 'sound controller' serta pembesar suara. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 12 2022
Anggota DBKL mengenakan tindakan penutupan serta-merta. -Foto Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik
KDM berjaya mengutip hasil RM61.35 bilion setakat semalam, melepasi sasaran kutipan hasil tahun ini sebanyak RM56 bilion yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
Kastam Sabah rampas minuman keras bernilai lebih RM500,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras dianggarkan bernilai RM528,082 dalam rampasan di Kota Kinabalu dan Beaufort bulan lepas.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal dunia
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.
Kastam Kedah rampas 27,336 liter minuman keras
JKDM Kedah berjaya mematahkan sindiket penyeludupan minuman keras selepas merampas 27,336 liter minuman keras pelbagai jenama.
Ikrar udang sejuk beku tapi bawa rokok, arak seludup
JKDM Sarawak mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras yang diikrar sebagai produk udang sejuk beku setelah melakukan pintasan di Jalan Kuching-Samarahan Ekpressway pada 22 Okt.
JKDM Pahang gagalkan cubaan edar rokok seludup, minuman keras lebih RM2.6 juta
JKDM Pahang menggagalkan cubaan pengedaran rokok seludup dan minuman keras berjumlah lebih RM2.6 juta termasuk cukai serta duti selepas menyerbu dua gudang di Lukut, Negeri Sembilan bulan lepas.
Polis rampas 214 karton minuman keras bernilai lebih RM98,000
Polis merampas 214 karton minuman keras dipercayai tanpa cukai kastam dianggar bernilai lebih RM98,000 dalam dua serbuan di sekitar Gelang Patah, pada Rabu dan Khamis lepas.
JKDM Pahang rampas minuman keras bernilai lebih RM850,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya merampas pelbagai jenis dan jenama minuman keras bernilai lebih RM850,000 termasuk cukai dan duti sejak Januari hingga September tahun ini.
JKDM Kedah rampas arak, rokok dan setem cukai palsu
Tiada tangkapan dilakukan memandangkan premis itu tidak berpenghuni dan tidak berkunci sewaktu serbuan dilakukan.
Dua lelaki ditahan dalam Op Taring Wawasan di Kelantan
Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) menahan seorang lelaki dan merampas 190 anak pokok keladi dipercayai diseludup masuk melalui pangkalan haram dekat Jeram Perdah, Pasir Mas semalam.