MELAKA: Hari ini penting bagi rakyat Melaka kerana ia akan menentukan gabungan parti politik mana akan menjadi pilihan seramai 495,195 orang pengundi berdaftar, untuk menerajui pentadbiran kerajaan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.
Dengan selesainya tempoh berkempen dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat pada 11.59 malam tadi, tumpuan akan terarah ke 217 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN), tempat calon-calon bertanding 'menyerah nasib' di tangan rakyat Melaka, bumi bersejarah ini.
Daripada jumlah pengundi berdaftar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15, seramai 476,037 orang pengundi biasa yang akan mengundi hari ini, seramai 11,557 orang pengundi awal yang telah mengundi pada 16 Nov lalu, manakala 7,601 orang mengundi secara pos.
Mengimbangi antara tuntutan demokrasi dan kesihatan rakyat kerana pandemik COVID-19 yang masih ada, proses mengundi perlu mengikuti SOP ketat yang digariskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengelak jangkitan.
Antara SOP yang perlu dipatuhi ialah penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka penggunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan pengundi perlu mengimbas kod respon pantas (QR) MySejahtera sebelum masuk ke PDM.
Pengundi bergejala atau mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius, batuk, sakit tekak atau sukar bernafas, akan diasingkan serta-merta daripada pengundi yang lain dan mengundi di tempat khas (khemah khas untuk memangkah).
Ejen parti atau calon yang telah selesai bertugas atau pengundi yang telah selesai mengundi perlu segera meninggalkan pusat mengundi, dan pengundi dinasihatkan membuat semakan maklumat pengundian melalui aplikasi mySPR Semak atau di portal Semakan Daftar Pemilih SPR sebelum keluar mengundi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: Rakyat Melaka keluar mengundi hari ini
Bagi mengawal jumlah pengundi yang datang ke pusat mengundi dalam satu-satu masa, peringkat waktu yang digalakkan adalah pada pukul 8 hingga 10 pagi, 10 pagi hingga 12 tengah hari, 12 tengah hari hingga 2 petang dan 2 hingga 4.30 petang.
Bagi pusat penjumlahan rasmi undi, hanya lima orang penyokong bagi calon yang menang (keputusan tidak rasmi) dan tiga orang penyokong calon lain dibenarkan hadir manakala sebarang acara sambutan atau majlis keraian kemenangan calon tidak dibenarkan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah di sebelah pagi di kesemua daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah dan Jasin, manakala ribut petir dijangka berlaku di ketiga-tiga daerah tersebut pada sebelah petang.
PRN Melaka menarik penyertaan seramai 112 calon dengan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bertanding di semua 28 kerusi, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) (lima), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) (satu) dan Bebas (22).
Daripada jumlah calon bertanding, seramai 96 orang adalah calon lelaki manakala baki 16 wanita dengan sembilan calon berusia 21 hingga 29 tahun, 21 calon (30-39 tahun), 35 calon (40-49 tahun), 36 calon (50-59 tahun) dan 11 calon (60 tahun ke atas) dengan calon tertua berusia 68 tahun.
PRN kali ini menyaksikan pertandingan enam penjuru di tiga kawasan DUN, lima penjuru (5 DUN), empat penjuru (9 DUN), tiga penjuru (11 DUN).
Kerusi dijangka panas ialah DUN Asahan yang menyaksikan bekas ketua menteri Datuk Seri Idris Haron berdepan pertandingan enam penjuru manakala Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali pula berdepan pertandingan tiga penjuru di DUN Lendu.
Di DUN Tanjung Bidara Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Ab Rauf Yusoh ditentang Datuk Ermieyati Samsudin dalam pertandingan tiga penjuru, manakala seorang lagi bekas ketua menteri Adly Zahari berdepan pertandingan empat penjuru di DUN Bukit Katil.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada Sabtu 20 Nov berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 19 2021
Petugas SPR melakukan persiapan untuk Hari Mengundi di Pusat Daerah Mengundi DUN Asahan di Sekolah Kebangsaan Asahan, 19 Nov, 2021. --fotoBERNAMA
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.