awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

495,750 individu lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19

Bernama
Bernama
24/04/2021
06:18 MYT
495,750 individu lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19
Dr Adham berkata bagi tempoh sama, 783,987 individu telah menerima dos pertama menjadikan keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara ini berjumlah 1,279,737 dos. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 495,750 individu sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata bagi tempoh sama, 783,987 individu telah menerima dos pertama menjadikan keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara ini berjumlah 1,279,737 dos.
Menerusi satu infografik yang dikongsikan melalui laman Twitter rasminya hari ini, Dr Adham berkata lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 103,613, diikuti Kuala Lumpur (87,603), Sarawak (74,154), Johor (71,609) dan Sabah (65,940).
Lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini pula ialah Selangor dengan 70,468, diikuti Perak (49,958), Sarawak (48,444), Sabah (45,253) dan Kuala Lumpur (44,379).
Mengenai jumlah individu yang berdaftar untuk program imunisasi, Dr Adham berkata setakat semalam, sebanyak 9,225,268 atau 38 peratus daripada disasarkan telah mendaftar, dengan Selangor kekal mencatat angka tertinggi sebanyak 2,406,238 pendaftaran.
Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga bulan ini, melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.
Fasa kedua bermula pada April hingga Ogos depan pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya, manakala fasa ketiga dijadual pada Mei hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#Dr Adham Baba
#Menteri Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan