awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 maut kemalangan kereta, lori di Jalan Gua Musang-Lojing

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
25/10/2024
10:15 MYT
5 maut kemalangan kereta, lori di Jalan Gua Musang-Lojing
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan. - Gambar/ JBPM
GUA MUSANG: Lima termasuk empat sekeluarga maut dalam nahas melibatkan sebuah kereta dan lori di Jalan Gua Musang-Lojing di Tanah Tinggi Lojing, di sini, hari ini.
Mereka yang maut ialah, Mohd Junaizi Jusoh, 48, isterinya, Shazwani Ismail, 39, dan anak lelaki mereka, Muhammad Fakrul Danish Mohd Junaizi, 20.
Turut terkorban, adik Shazwani, Farhana Ismail, 35, dan pemandu lori, Mageswara Gopal, 53.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.57 pagi sebelum 18 anggota bersama jentera dihantar ke lokasi.
"Semasa pasukan tiba di lokasi, lima mangsa iaitu masing-masing dua lelaki dan wanita di dalam kereta jenis Perodua Myvi serta pemandu lori tersepit di dalam kenderaan dinaiki mereka.
"Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya di sini, hari ini.
Nor Azizi memberitahu, anggota bomba juga meminta bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Pahang selepas 10 minit menjalankan operasi.
Menurutnya, lima mangsa yang tersepit dapat dikeluarkan oleh anggota penyelamat bomba menggunakan peralatan khas.
Mangsa terlibat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada pukul 3.55 petang.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Lima maut
#Jalan Gua Musang-Lojing
#kemalangan lori
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan