Skip to main content

Malaysia

5 topik untuk sembang hari ini

81577483498_TBTOPIK.jpg
81577483498_TBTOPIK.jpg
Advertisement
SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu:

1. Kemalangan yang tidak diingini

Pada Ahad, beberapa khabar buruk diterima melibatkan rakyat Malaysia di luar negara, iaitu kemalangan di Mesir dan Australia.

Begitu juga beberapa insiden yang tidak diingini di dalam negara, termasuk kes seorang anggota polis yang tertembak diri sendiri.

2. Hubungan baik antara Muslim dan Sikh di India

Ketika masyarakat Islam ditindas di sesetengah kawasan di India, ada khabar gembira apabila kaum Sikh menyumbangkan tanah secara percuma untuk membantu umat Islam di sana membina masjid.

3. Pencuri tabung masjid ditangkap

Ahli Jawatankuasa masjid dan polis berjaya memberkas dua remaja lelaki yang ‘memancing’ duit tabung Masjid Al Redzuan di Parit Buntar.

4. Serangan di Amerika Syarikat

Ketika perayaan Hanukkah disambut kaum Yahudi di New York, satu serangan terjadi melibatkan lima orang yang ditikam di sebuah rumah yang dihuni komuniti itu dalam kejadian pada Ahad.

Dalam kejadian lain di Texas, insiden tembakan terjadi di sebuah gereja Kristian, mengakibatkan dua terbunuh dan seorang cedera parah.

5. Keputusan Liga Perdana Inggeris

Liverpool 1-0 Wolves
Manchester City 2-0 Sheffield United

Baca juga 10 Berita Pilihan sepanjang Ahad di sini.

Must Watch Video

Advertisement