ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Ahad, 29 Disember 2019.

1) Wisma Putra sahkan lima rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir

Kementerian Luar hari ini mengesahkan seramai lima rakyat Malaysia sekeluarga terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya di Mesir.

2) Anggota polis sedang bertugas maut tertembak diri sendiri

Seorang anggota polis maut selepas tertembak dirinya sendiri ketika bertugas di Kampung Sungai Buah, Dengkil, Selangor, pada awal pagi Ahad.

3) Remaja Malaysia maut semasa bermain papan luncur di Australia

Seorang rakyat Malaysia dilapor meninggal dunia dalam insiden tragis ketika bermain papan luncur di Townsville, Queensland, Australia, pada Sabtu.

4) Remaja maut papan selaju: 'Arwah penyejuk mata keluarga' - Datuk saudara

Jenazah Mohammad Farhan Fudhail Mohammad Farid, 16 tahun, yang meninggal dunia selepas terlanggar tiang ketika bermain papan selaju di Townsville, Queensland, Australia akan dikebumikan di Kuantan, Pahang.

5) Kereta terbabas dalam longkang, suami isteri warga emas maut

Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan terbalik ke dalam longkang di Kilometer 71.1, Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu di sini semalam.

6) Bunyi kuat dari rimbunan pokok pandan rupanya ular tedung

Seorang petani terkejut apabila bunyi kuat yang datang dari rimbunan pokok pandan rupanya seekor ular tedung selar.

7) Cabul dan ugut bunuh anak saudara, pemuda dihukum penjara dan sebat

Seorang pemuda dijatuhi hukuman lapan tahun penjara dan dua sebatan selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya.

8) Hampir 500 juta haiwan mati akibat kebakaran di Australia

Kira-kira 480 juta haiwan dianggarkan terkorban akibat kebakaran yang makin marak di hampir seluruh Australia sejak hujung Ogos lalu, menurut pakar ekologi Universiti Sydney.

9) Arab Saudi jatuhkan hukuman mati terhadap lelaki tikam anggota pertunjukan di Riyadh

Mahkamah Arab Saudi hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki yang bertindak menikam tiga anggota sebuah persembahan teater sewaktu pertunjukan secara langsung di ibu kota Riyadh November lalu.

10) 'Joe dan Marini serius sejak tiga tahun lalu' - Ibu Joe Flizzow umum pertunangan

Penyanyi rap dan penulis lirik, Joe Flizzow bakal mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya yang juga seorang pelukis profesional, Marini Ramlan pada April tahun depan.