awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 topik untuk sembang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
17/02/2020
22:35 MYT
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
1. Terkini COVID-19
Hala tuju dan promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM2020) perlu diubah, bagi diselarikan dengan situasi negara yang sedang berhadapan dengan COVID-19.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata penularan COVID-19 yang memberi kesan kepada negara serta industri pelancongan antarabangsa, memerlukan satu inisiatif dan strategi berkesan, untuk memastikan misi menarik kehadiran pelancong tidak terjejas.
China dan ASEAN akan mengadakan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar di Vientiane, Laos bagi membincangkan mengenai jangkitan novel koronavirus (COVID-19).
Menurut Menteri Luar China, Geng Shuang, mesyuarat itu akan berlangsung selama tiga hari bermula Rabu, 19 Februari.
Ikuti LAPOR LANGSUNG bagi mengetahui perkembangan semasa jangkitan COVID-19.
2. Gula-gula dadah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan produk Energy Candy yang tular di media sosial disahkan mengandungi bahan terlarang iaitu racun berjadual tadalafil.
Produk terlibat ialah ExtrAli Energy Candy, Extra Strong Energy Candy dan Mixed Fruit Candy.
3. Bayi maut tertinggal dalam kereta
Seorang bayi berusia 9 bulan ditemui mati dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan pada tengah hari Isnin.
Bapa mangsa hanya menyedari anaknya tertinggal di dalam kereta apabila hendak keluar pejabat untuk makan kira-kira jam 1 tengah hari.
Tragedi ini bukan asing namun sudah acap kali berlaku. Namun, apa faktor yang mendorong ia terjadi dan apakah cara atau aplikasi yang boleh membantu pengguna mengelak ia daripada berulang.
Ikuti perbincangan di Astro AWANI berhubung perkara ini.
4. Washington lobi tolak Huawei
Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi terus ulangi skrip sama kepada rakan strategik di Eropah supaya menjauhi teknologi Huawei.
Pelosi buat gesaan itu kepada Brussels selepas melobi perkara sama di Munich, Jerman.
Kata beliau, jika rakan strategik menggunakan teknologi Huawei untuk membina infrastruktur 5G mereka, Washington tidak akan berkongsi maklumat risikan diperlukan.
5. Keputusan bola sepak
Liga Perdana Inggeris Chelsea 0 - 2 Man Utd
Serie A AC Milan 1 - 0 Torino
Topic Berkaitan
#5 topik untuk sembang hari ini
#COVID-19
#koronavirus
#Mohamaddin Ketapi
#tahun melawat malaysia
#TMM2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan