IPOH: Kira-kira 500 anggota Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) berkumpul di hadapan sebuah bank di Jalan Sultan Yusof di sini, bagi membantah beberapa tindakan bank berkenaan yang disifatkan hipokrit serta tidak jujur dalam menyelesaikan aduan yang dikemukakan anggota kesatuan sejak 2019.
Perak merupakan negeri ketiga mengadakan siri bantahan itu selepas Johor dan Pulau Pinang masing-masing pada 10 dan 26 Mac lepas.
Rata-rata yang menyertai bantahan bermula pukul 5 petang itu, membawa sepanduk dengan kata-kata 'Merompak Rezeki Pekerja', 'Diskriminasi Pekerja' serta 'Kenapa Elak Dialog Sosial'.
Setiausaha Agung NUBE J.Solomon berkata pihaknya bertindak demikian kerana pengurusan bank tersebut enggan menyelesaikan isu yang dibangkitkan anggota kesatuan sejak tiga tahun kebelakangan ini, sekali gus melanggar hak serta kepentingan anggota terutama dalam kalangan B40 dan M40.
"Bank tersebut enggan bertindak secara profesional untuk memelihara perhubungan industri yang harmoni dan mengadakan perbincangan selaras dengan Perjanjian Kolektif.
"Sebaliknya, sikap buruk mereka menunjukkan bank itu tidak jujur dan ikhlas dalam menyelesaikan isu pekerja, selain mahu melengah-lengahkan proses dialog sosial," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Menurutnya bantahan juga dibuat kerana bank tersebut enggan menghormati undang-undang buruh termasuk peruntukan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
Beliau juga mendakwa pihak bank melanggar Seksyen 30 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Seksyen 40 akta sama kerana mendedahkan butiran peribadi pelanggan kepada syarikat luar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022
Rata-rata yang menyertai bantahan bermula pukul 5 petang itu, membawa sepanduk dengan kata-kata 'Merompak Rezeki Pekerja', 'Diskriminasi Pekerja' serta 'Kenapa Elak Dialog Sosial'. --fotoBERNAMA
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Laporan polis NUBE: Steven Sim sedia beri keterangan, kerjasama penuh
Steven akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis susulan laporan polis dibuat NUBE terhadap dirinya berhubung dakwaan salah guna kuasa.
NUBE, MCBA tandatangan perjanjian kolektif, ahli terima manfaat pelarasan gaji
Setelah hampir dua tahun dirundingkan, NUBE bersama MCBA secara rasminya menandatangani CA Ke-19 hari ini.
500 anggota NUBE adakan bantahan aman, tuntut selesai isu kesatuan
Perak negeri ketiga mengadakan siri bantahan itu selepas Johor dan Pulau Pinang, masing-masing pada 10 dan 26 Mac lepas.
Pengeluaran KWSP setiap kali bencana bukan tindakan bijak - NUBE
Kata NUBE, skim dan insentif yang diumumkan kerajaan sebelum ini boleh membantu mangsa banjir.
NUBE terima mediasi UK NCP untuk selesaikan aduan terhadap HSBC Bank Malaysia
NUBE Malaysia telah memutuskan untuk menerima mediasi yang ditawarkan oleh UK National Contact Point (UK NCP) bagi menyelesaikan aduan yang difailkan terhadap HSBC Bank Malaysia Berhad.
HSBC pandang serius aduan NUBE, tamatkan mediasi dan semakan kehakiman di Malaysia
HSBC memaklumkan Malaysia adalah pasaran keutamaan dan pihak mereka akan terus melabur bagi peningkatan sumber manusia dan teknologi.
Percepatkan suntikan vaksin kepada pekerja sektor perbankan - NUBE
Kerajaan perlu mempercepatkan suntikan vaksin melibatkan pekerja-pekerja sektor perbankan kerana mereka merupakan antara kumpulan barisan hadapan yang terdedah kepada risiko COVID-19.
[KOLUMNIS]: Tanggungjawab bersama bela nasib pekerja
NUBE melahirkan penghargaan atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan mengambil tindakan ke atas surat NUBE, yang dihantar pada Disember 2020 lalu.
NUBE gesa kerajaan cepatkan suntikan vaksin kepada pekerja sektor perbankan
NUBE terkilan kerana sehingga kini, pekerja-pekerja perkhidmatan perbankan belum disenaraikan sebagai kumpulan sasaran barisan hadapan.
Skim pemberhentian pekerja bersifat sukarela - HSBC
HSBC menjelaskan skim pemberhentian yang ditawarkan kepada pekerja adalah bersifat sukarela dan hanya terpakai kepada mereka yang memilih untuk menerimanya.