awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

500 liter ammonia tumpah di kilang di Perai

Bernama
Bernama
01/08/2025
10:01 MYT
500 liter ammonia tumpah di kilang di Perai
Tindakan pantas bomba berjaya mengawal tumpahan bahan kimia jenis ammonia yang berlaku di sebuah kilang di Taman Pelangi, Perai daripada terus mengalir di dalam premis tersebut, hari ini. - Foto Sinar Harian
BUTTERWORTH: Tindakan pantas bomba berjaya mengawal tumpahan bahan kimia jenis ammonia yang berlaku di sebuah kilang di Taman Pelangi, Perai di sini daripada terus mengalir di dalam premis tersebut, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.10 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai terus ke lokasi.
"Sebaik tiba mendapati terdapat kebocoran bahan kimia jenis ammonia berkuantiti 500 liter dan komander operasi dimaklumkan pihak syarikat telah meneuteralkan kebocoran tersebut sebelum bomba tiba. Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) juga telah dihubungi untuk ke lokasi.
"Komander Operasi Hazmat membuat size up dan bertindak mengambil bacaan menunjukkan pH 4 sebelum mengarahkan pihak syarikat untuk membuat sekatan bagi menghalang pengaliran bahan kimia tesebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pasukan Hazmat menjalankan kerja-kerja nyah cemar asid itu menggunakan Soda Ash hingga selesai dan bacaan pH diambil semula bagi memastikan keadaan selamat.
John berkata operasi tamat sepenuhnya pada 1.25 tengah hari dan tiada mangsa yang cedera dalam kejadian kebocoran bahan kimia tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ammonia tumpah
#kilang di Perai
#Taman Pelangi
#JBPM Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan