KUALA LUMPUR: Sebanyak 509 kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku dalam tempoh 2018 hingga Februari lepas, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata tiga negeri mencatatkan jumlah kes kumulatif tertinggi dalam tempoh berkenaan iaitu Selangor dengan 111 kes, diikuti Johor (64) dan Sabah (56).
Menurutnya daripada jumlah itu, 50 kes atau 9.82 peratus telah dituduh di Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
"Kesemua pertuduhan adalah bagi kes yang suspek atau pelakunya berjaya dikesan, manakala selebihnya suspek atau pelaku masih tidak dapat dikesan," katanya sebagai respons kepada ucapan Young Syefura Othman (PH-Bentong) berhubung kes pembuangan bayi pada sesi Kamar Khas Dewan Rakyat hari ini.
Nancy berkata tindakan juga akan diambil terhadap pelaku mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu masing-masing bagi kesalahan bunuh dan cubaan bunuh sekiranya hasil siasatan memenuhi setiap elemen kesalahan diperuntukkan di bawah seksyen terbabit.
Sementara itu, beliau berkata bagi tempoh 2022 hingga 2023, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyelamatkan 101 kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai kanak-kanak dibuang ibu atau bapa atau penjaga.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 15 kes disebabkan kecuaian ibu bapa atau penjaga, 11 kes kanak-kanak dibuang kerana anak tidak sah taraf, faktor masalah kewangan (empat kes) dan perbalahan keluarga (tiga kes).
Katanya, masing-masing dua kes disebabkan kanak-kanak kurang upaya dan kanak-kanak yang dipelihara orang lain semasa kecil, manakala 64 kes lagi tidak dapat dikumpulkan maklumat secara terperinci.
Nancy berkata 19 daripada 101 kanak-kanak malang itu ditempatkan dalam jagaan ibu bapa peliharaan atau orang yang layak dan sesuai (OYLS), manakala selebihnya masih dalam proses penempatan ke dalam jagaan ibu bapa atau OYLS.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Sebanyak 509 kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku dalam tempoh 2018 hingga Februari lepas, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri. - Gambar fail/BERNAMA
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
509 kes buang bayi dilaporkan sejak 2018 hingga Februari lepas
Sebanyak 509 kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku dalam tempoh 2018 hingga Februari lepas, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Tukang gunting direman bantu siasatan kes buang bayi
Lelaki berusia 20-an itu direman bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di tepi jalan.
Selangor catat kes buang bayi tertinggi dalam tempoh dua tahun
Selangor mencatatkan jumlah kes pembungan bayi tertinggi dalam tempoh dua tahun berturut-turut iaitu antara 2016 hingga Jun 2017 berbanding negeri lain.