awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

51 individu termasuk penganjur parti dadah liar ditahan

Bernama
Bernama
30/05/2015
23:23 MYT
51 individu termasuk penganjur parti dadah liar ditahan
Dalam operasi selama tiga jam bermula kira-kira 12.30 tengah malam Sabtu, 18 daripada 51 orang yang ditahan itu adalah wanita. - Gambar Hiasan
Sebanyak 51 orang termasuk penganjur parti dadah liar ditahan dalam Ops Parti Liar yang diadakan di Tingkat 44, Berjaya Times Square di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata kesemua individu termasuk penganjur parti itu, seorang wanita ditahan oleh sembilan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dang Wangi.
Dalam operasi selama tiga jam bermula kira-kira 12.30 tengah malam Sabtu, 18 daripada 51 orang yang ditahan itu adalah wanita.
"Sebanyak 20 orang positif ujian air kencing dan kini ditahan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata seorang pula ditahan kerana memiliki dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
"Tujuh lagi ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya dan 23 lagi individu ditahan atas pemeriksaan dokumentasi," katanya.
Topic Berkaitan
#Dadah
#parti liar
#polis
#seks
#Times Square
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan