KUALA LUMPUR: Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 78,604 pemeriksaan dan snap check dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,735 buah kilang, 15,285 premis perniagaan, 771 tapak pembinaan dan 266 buah asrama penempatan pekerja.

Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini:

1. Sebanyak 34 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

2. Seramai 525 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 332 individu dikompaun, 82 direman manakala enam lagi individu telah dijamin.

3. PKPD ditamatkan di Kawasan Perindustrian Bestgrade, Pokok Sena Kedah, Kampung Mangkubau Laut, Pitas, Sabah, Ladang Sabah Mas Divison Segama, Lahad Datu Sabah, Felda Umas 1,3 dan 4, Kalabakan, Sabah serta Fasa 4B, Taman Bukit Sepanggar , Kota Kinabalu.

4. 25 lokaliti baharu diumum PKPD bermula 24 Julai sehingga 6 Ogos membabitkan negeri Sabah, Kelantan dan Pahang.

5. Tiga lokaliti yang dilanjutkan PKPD sehingga 6 Ogos ialah Dungun, Terengganu, iaitu Rumah Awam Kos Rendah Gong Pasir, Kampung Gong Pasir dan Taman Maidam.

BACA: PKPD: 25 lokaliti baharu, lima ditamatkan dan tiga dilanjutkan - Ismail Sabri