KOTA KINABALU: Seramai 528,234 murid dan pelajar sekolah di Sabah kembali ke sekolah bagi sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka, hari ini.
Daripada jumlah itu, seramai 209,906 orang adalah pelajar sekolah menengah, termasuk dari Kolej Vokasional dan Sekolah Sukan Malaysia (SSM), manakala 318,328 orang lagi adalah murid sekolah rendah.
Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Mistirine Radin berkata, jumlah itu membabitkan semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
Manakala, bagi institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan KPM, seramai 10,938 murid dan pelajar hadir ke sekolah mulai hari ini.
"Berdasarkan statistik Jabatan Pendidikan negeri, kehadiran ke sekolah untuk sesi PdP bersemuka membabitkan seramai 27,924 orang murid pra sekolah, diikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) seramai 3,105 orang, Tahun 1 (47,391), Tahun 2 (48,227), Tahun 3 (49,683), Tahun 4 (48,340), Tahun 5 (47,164) dan Tahun 6 (46,494)," katanya dalam satu kenyataan.
Bagi kehadiran pelajar sekolah menengah, katanya ia membabitkan seramai 3,415 pelajar PPKI, diikuti Tingkatan 1 (40,951), Tingkatan 2 (38,264), Tingkatan 3 (37,204), Tingkatan 4 (35,107), Tingkatan 5 (34,033), Tingkatan 6 Atas (7,333), Tingkatan 6 Bawah (8,739), Kolej Vokasional (4,647) dan SSM Sabah (213).
Bagi sekolah rendah swasta, katanya seramai 279 adalah murid tadika, diikuti PPKI (30), Tahun 1 (445), Tahun 2 (472), Tahun 3 (488), Tahun 4 (397), Tahun 5 (392) dan Tahun 6 (369).
Sementara itu, Mistrine berkata, sekolah menengah swasta membabitkan seramai 1,263 pelajar Tingkatan 1, diikuti Tingkatan 2 (1,347), Tingkatan 3 (1,281), Tingkatan 4 (1,592), Tingkatan 5 (1,458), Tingkatan 6 Atas (305), Tingkatan 6 Bawah (397) dan Sekolah Antarabangsa (423).
Kehadiran murid dan pelajar sekolah harian, kecuali di sekolah kurang murid (SKM), bagaimanapun dilaksanakan secara penggiliran seperti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KPM sebelum ini.
Eleanor Michelle Patrick
Mon Nov 22 2021
Murid-murid Sekolah Kebangsaan Lapasan Telipok di Tuaran, Sabah, menghadiri sesi persekolahan secara bersemuka hari ini. --fotoBERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
Lebih 700 pelajar B40 Parlimen Santubong terima bantuan program 'Kembali Ke Sekolah'
Program bantuan barangan kelengkapan sekolah itu melibatkan 21 buah sekolah terpilih di kawasan tersebut.
RMHC peruntuk RM1.5 juta bantu pelajar sekolah kurang berkemampuan
Program 'Kembali Ke Sekolah' yang memasuki penganjuran kali keenam itu bertujuan untuk membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan.
Program 'Kembali Ke Sekolah' RMHC peruntuk lebih RM1.66 juta suntik semangat pelajar
Ia merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dengan tujuan memberi motivasi kepada pelajar dalam pendidikan sejak 2017.
528,234 pelajar di Sabah kembali ke sekolah hari ini
Daripada jumlah itu, seramai 209,906 orang adalah pelajar sekolah menengah dan 318,328 murid sekolah rendah.
Pelajar tingkatan 5, 6 di seluruh negara sedia hadapi persekolahan pagi ini
Rata-rata pelajar yang ditemui mengakui berasa teruja, dan tidak kurang juga gementar untuk kembali ke sekolah dalam suasana normal baharu.