awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Libya adakan pengebumian ketua tentera, pegawai maut nahas pesawat di Turkiye
Rusia lancar serangan udara paling lama ke atas Kyiv menjelang rundingan damai Trump-Zelensky
Netanyahu bakal bertemu Trump di AS ketika rundingan gencatan senjata Gaza perlahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

548 tiba di pintu masuk antarabangsa, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
10/06/2021
11:07 MYT
548 tiba di pintu masuk antarabangsa, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 223,334 individu telah pulang ke tanah air. - Gambar fail/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 548 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa pada Rabu dan semua mereka telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 223,334 individu telah pulang ke tanah air dan ditempatkan di 75 hotel dan 11 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.
Berikut lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri pada Khamis:
1) Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh lokaliti di Pahang, Johor, Sabah, Sarawak dan Terengganu.
2) Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melakukan pemeriksaan ke atas 268 buah kilang bagi memastikan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sejak 1 Jun sehingga 9 Jun.
3) Seramai 907 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP pada Rabu.
4) KPDNHEP telah membuat 771 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan terdiri daripada peruncit (580), pemborong (160) dan pengilang (31).
5) Seramai 119 warga asing telah menjalani ujian saringan dan tiada kes positif COVID-19 direkodkan.
Topic Berkaitan
#SOP
#warga asing
#PKPD
#ujian saringan
#kes positif
#COVID-19
#Ismail Sabri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan