awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Ku Li anggap UMNO masih berdiam diri mengenai keputusan Titah Adendum
Majlis Perundingan Gig bakal ditubuh, bincang isu ‘bidding’ e-hailing - KESUMA
Kotak hitam pesawat tentera Libya terhempas ditemukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

549 individu ditahan, dua lagi direman ingkar arahan PKP

Hilmi Malik
Hilmi Malik
29/10/2020
09:11 MYT
549 individu ditahan, dua lagi direman ingkar arahan PKP
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 547 individu telah dikenakan kompaun manakala dua lagi direman. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 549 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 547 individu telah dikenakan kompaun manakala dua lagi direman.
“Antara kesalahan yang dikesan termasuk tidak memakai pelitup muka, gagal merekod butiran, premis beroperasi lebih masa, dan aktiviti di pusat hiburan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mengulas mengenai kawalan sempadan negara, pihak berkuasa telah berjaya membuat 14 tangkapan melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) termasuk merampas sebuah kapal dan enam kenderaan darat.
“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram khususnya di kawasan lorong tikus,” katanya lagi.
Berhubung pelaksanaan kuarantin wajib, seramai 56, 699 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
Daripada jumlah itu, seramai 9,523 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 381 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
Setakat ini, sebanyak 36 operasi sanitasi awam di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah dilaksanakan di kawasan 12 zon merah, 12 zon kuning dan lima zon hijau melibatkan 13 buah negeri.
Topic Berkaitan
#PKP
#PKPP
#PDRM
#MKN
#perintah kawalan pergerakan
#pati
#Menteri Kanan Pertahanan
#ismail sabri yaakob
#pendatang asing tanpa izin
#kuarantin wajib
#KPKT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan