awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
Spotify tambah jualan buku fizikal, lancar ciri penyelarasan Page Match
Penjual lembu didakwa bunuh guru perempuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

56 kontena dijadikan rumah kongsi, tempat simpan barang terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
24/07/2024
06:50 MYT
56 kontena dijadikan rumah kongsi, tempat simpan barang terbakar
Kebakaran dapat dikawal pada jam 10.27 pagi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 12:02 tengah hari.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 56 unit kontena yang dijadikan sebagai rumah kongsi di Wangsa Maju di sini, musnah terbakar pada Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Timbalan Penguasa Bomba II, M Letchumanan berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 9.08 pagi.
"Seramai 21 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Keramat bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Letchumanan berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian terdapat kebakaran melibatkan rumah kongsi jenis kontena serta tempat simpanan barangan pekerjaan.
"Tindakan operasi pemadaman dengan menggunakan kaedah pemadaman secara 'offensive dan defensive' untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan berhampiran.
"Kebakaran tersebut turut melibatkan 56 unit kontena terbakar 100 peratus," katanya.
Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 10.27 pagi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 12:02 tengah hari.
"Tiada mangsa yang terlibat semasa kebakaran. Punca kebakaran masih dalam siasatan unit penyiasatan kebakaran," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kebakaran besar
#rumah kongsi
#Tular
#Wangsa Maju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan