KUALA LUMPUR: Pengendali rangkaian mudah alih (MNO) dan Digital Nasional Bhd (DNB) dijangka menandatangani perjanjian langganan saham (SSA) pada pertengahan bulan ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata pada masa ini tumpuan kerajaan adalah melaksanakan SSA untuk MNO membeli ekuiti dalam DNB sebelum meneruskan perbincangan mengenai pelaksanaan rangkaian kedua 5G.
"Langkah pertama adalah menandatangani (SSA), dan saya dimaklumkan oleh Pasukan Petugas Khas 5G bahawa jika semua berjalan lancar, ini akan dilakukan sebelum pertengahan bulan ini," katanya kepada pemberita selepas pelancaran penggunaan Rangkaian Persendirian Petronas 5G di sini, pada Jumaat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyempurnakan pelancaran itu.
Lima MNO, iaitu CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd, Telekom Malaysia Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd bersetuju untuk membeli pegangan ekuiti dalam DNB bagi menyokong pembangunan rangkaian 5G negara.
Kesemua MNO itu akan memegang kepentingan setara dalam DNB, manakala kerajaan akan mengekalkan 35 peratus kepentingan dalam perlengkapan infrastruktur rangkaian 5G.
Fahmi juga menekankan bahawa kerajaan akan mengekalkan kepentingan dalam DNB sebelum pelaksanaan model dwirangkaian untuk pelancaran 5G.
"Buat masa ini, Kabinet belum membuat sebarang keputusan untuk menjualnya," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga masih belum memutuskan MNO yang akan menyertai rangkaian kedua untuk dwirangkaian 5G yang akan dilaksanakan tidak lama lagi tahun depan.
"Kita menerima permintaan untuk cadangan, dan perbincangan masih diteruskan, dibantu oleh Pasukan Petugas Khas 5G yang dipengerusikan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil ketika ditemu bual pemberita selepas majlis pelancaran Rangkaian Persendirian 5G Komersil Pertama di Malaysia, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
WEF: Mendasari geopolitik, mencari keterangkuman
Editor Kanan Niaga AWANI, Najib Aroff membawakan rangkuman Mesyuarat Khas WEF yang berlangsung baru-baru ini di Riyadh, Arab Saudi bersama Pengarah Strategi, KRA Group, Amir Fareed Rahim.
EPL: Mauricio Pochettino pimpin Chelsea benam Spurs
Satu gol pada setiap separuh masa daripada Trevoh Chalobah dan Nicolas Jackson memberikan The Blues kemenangan yang tidak ternilai.
Kadar Fed AS kekal, ekonomi akan mengukuh atau melemah?
Rizab Persekutuan (Fed) AS mengekalkan kadar faedah penanda arasnya tidak berubah. Apakah faktor yang menyumbang kepada keputusan ini dan bagaimana prospek ekonomi serta pasaran dalam tempoh terdekat?
Pelaburan Microsoft: Memperkasa era baharu AI di Malaysia
Microsoft telah mengumumkan komitmen terbesar dalam sejarah 32 tahunnya di negara ini dengan pelaburan berjumlah US$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang untuk menyokong transformasi digital Malaysia. Bagaimana untuk manfaatkan pelaburan ini serta mempekasa era baharu kecerdasan buatan (AI) di Malaysia?
'Pindahkan jasad Maradona ke tempat lebih selamat' - Anak
Anak-anak Maradona fail permintaan kepada mahkamah untuk pindahkan jasad legenda bola sepak dunia itu "ke tempat yang lebih selamat."
KPDN serbu premis jual produk berlabel 'No Palm Oil'
Kesemua produk aiskrim terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Permintaan Kim Pan-gon yang mahu penerbangan sewa khas untuk ke Kyrgyzstan juga telah ditunaikan oleh FAM.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
AWANI Pagi: Reformasi sistem pendidikan melalui inovasi
Memahami peranan inovasi untuk reformasi sistem pendidikan yang mampan. Diskusi bersama Datuk Dr. Ahmad Ramzi, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Holdings dan Zul Fikri Zamir, Ketua Pegawai Eksekutif 'Untuk Malaysia' 8.30 pagi nanti
Polis kesan pemandu treler sebabkan serpihan besi jatuh di LPT
Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Rangkaian borong tunggal 5G DNB, MNO berpotensi jimat RM30 bilion - Tengku Zafrul
Dengan pelaksanaan rangkaian borong tunggal 5G yang pertama di dunia oleh Digital Nasional Bhd (DNB), pengendali rangkaian mudah alih (MNO) dalam industri telekomukasi Malaysia berpotensi untuk menjim
DNB: Enam pengendali rangkaian mudah alih meterai perjanjian akses 5G akhir bulan ini
Enam pengendali rangkaian mudah alih (MNO) negara dijangka memeterai perjanjian akses masing-masing dengan Digital Nasional Bhd (DNB) untuk memajak rangkaian 5G syarikat itu menjelang akhir bulan ini.
Pengendali rangkaian mudah alih sambut baik keputusan kekalkan SWN, tawaran ekuiti DNB
Kumpulan MNO berkenaan turut berkongsi komitmen untuk merealisasikan cita-cita digital negara.